Puding kasih bertaut ... ku


Akhirnya buat jugak, setelah ditimbang tara, nak buat ke tak nak. Ya la risau tiada sambutan dari anak-anak. Buat ni pun semata-mata nak balas pemberian jiran. Tak tahu nak balas apa, sebab dah lama nak try buat puding ni, so amil peluang buat.

Pasni tah bila pulak ada peluang nak membuatnya. Lagi pulak cara nak membuatnya sedikit cerewet. Sampai 2 kali nak masak adunan agar-agar tu. Kalau nak buat cantik-cantik letak dalam mould comel-comel bentuk bunga rose ke, bentuk hati ke lagi bertambah cerewet kan. bagi yang tak berapa nak rajin tu, letak je dalam sebarang bekas then potong jadi kiub-kiub kecil.

Untuk resipi boleh rujuk di bawah :


RESIPI PUDING KASIH BERTAUT
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. itule.. leceh wat dia sikit.. tapi dulu2 mak selalu wat untuk hantaran org kawin tapi org dulu2 panggil puding kaca.....

    ReplyDelete
  2. Wahhh cantiknya, rasa sayang nak makan :)

    Tapi nape namanya kasih bertaut, sebab dok sekali dalam 1 bekas ke? :)

    ReplyDelete
  3. perrrghhh...nama tu sunggoh tak menahan...hahaha ;)

    ReplyDelete
  4. cantik sangat.
    tapi x reti nak buat hihi

    ReplyDelete