Boleh jawab tak?


Hak mengichop terpelihara 
 Banyak betul perubahan bahasa melayu kan?

Agaknya kalau la kita masih menggunakan ejaan seperti tu ,
  • huruf e ada tanda di atas , 
  • penggunaan o untuk perkataan seperti masok, gunong, 
  • penggunaan i untuk perkataan  seperti pileh,
  • masih menggunakan huruf h dalam perkataan chubit, cherita, chita, chermat
  • seekor dieja sebagai sa-ekor , setelah dieja sebagai sa-telah
  • penggunaan ganda 2 untuk perkataan seperti chita2 , orang2, ke-lain2
  • perkataan air dieja sebagai ayer
Camna ya? 

Mungkin kita akan cakap bahasa baku seperti dalam cerita tahun 60an dulu kan? Mungkin juga susah nak lulus peperiksaan bahasa melayu...

Sekarang ni pulak banyak dah penggunaan bahasa inggeris yang dimelayukan seperti konservasi, koreksional dan lainnya. Mungkin juga akan datang makin banyak bahasa asing yang akan dimelayukan. Tapi tak pelik pun, lagipun bahasa melayu memang dari dulu lagi banyak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.

3 comments:

  1. byk nye perubahan..
    patut lah org dulu2 klu menulis ada je huruf tambahan dalam perkataan dia tu kan :)

    ReplyDelete
  2. dulu2 punya yup....jauh berbeza.....

    ReplyDelete
  3. Ada masa tertulis juga dalam berbalas sms.Urusan rasmi kena semak betul2.

    ReplyDelete