Suami memang kaya pun sebab tu tak kerja (^_^)


" 54% wanita tidak bekerja : Jaga anak, dapat suami kaya antara alasan jadi suri rumah"


Betul la tu kan, alasan tak kerja sebab nak jaga anak dan sebab suami memang "kaya". Hihihi "kaya" dengan kasih sayang....

Suami mana tak sayangkan isteri dan anak-anak kan?

Cuma cara zahirkan kasih sayang tu berbeza-beza. Ada yang izinkan isterinya bekerja sebab itu keinginan isterinya , walau dia mampu kerana sayang dia tak kisah isteri dia nak bekerja. Ada yg tunjukkan dengan cara tolong dan bantu isteri buat kerja rumah, belikan hadiah, pendek kata macam-macam cara la kan.

Actually isu dalam artikel tu, pasal ramai yang memilih untuk menjadi surirumah dari kalangan yang memiliki ijazah. Rugi kot ada ijazah tapi tak "menyumbang" kepada ekonomi negara.

Ala bukan kerajaan je persoalkan, makcik-makcik yang kat luar ni dah lama duk tanya,  kenapa tak kerja? rugi je belajar sampai 4 tahun kat U tapi tak kerje? tak rasa sayang ke ilmu tu?

Pada saya tak semestinya memiliki ijazah , seorang perempuan tu perlu bekerja di pejabat. Ijazah tu hanya lah untuk kepuasan hati sendiri. Lagi pun ramai dikalangan yang menyandang gelaran suri rumah tu, bukanlah langsung tak bekerja. Ada yang bekerja dari rumah dan jana pendapatan ribu-ribu.

Lagi pun tak rasa keperluan untuk bekerja di pejabat, lain la kalau langsung tiada orang islam yang pandai bab akaun atau tiada orang yang beragama islam yang boleh mengajar akaun, mungkin situasi nya berbeza. contoh dalam satu kampung langsung tiada yang pandai mandikan mayat, jatuh wajib pada kita untuk belajar dan sekiranya kita ada pengetahuan bab mandikan mayat kita wajib ambil tanggung jawab mandikan mayat tersebut. Tapi dalam situasi dah ada yang arif bab mandikan mayat, kita sekadar belajar untuk pengetahuan kita dan dipraktikkan bila perlu ( contoh memandikan jenazah ahli keluarga kita sendiri).

Rasanya sekarang ni ramai wanita yang beragama islam bekerja di pejabat dalam pelbagai bidang kan? Selagi belum terdesak atas faktor kepentingan masyarakat, pada saya kepentingan keluarga perlu di beri keutamaan.

Syukur alhamdulillah duk diluar bandar tak terasa sangat isterinya ni perlu bekerja. Tapi jika nak hidup "senang" sikit harus la kerja kan, even hanya bekerja dari rumah. Saya pun mungkin bila anak-anak dah besar , mungkin buka kedai sendiri , buat masa ni cukup la buat online bisness kecilan sebagai isi masa dan penuhi kehendak sendiri.  

7 comments:

  1. kami mesekin..sebab tu saya pun kena bekerja..

    saya setuju..ijazah adalah kepuasan peribadi.. malah, zaman sekarang ni kejayaan seseorang bukan lagi ditentukan oleh segulung ijazah..

    ReplyDelete
  2. suami zura kaya dengan kasih sayang jugak.. tapi zura kena jugak sebab nak kan hidup kami lebih baik dari segi kewangan~ hehehe

    ReplyDelete
  3. saya nak benti keje sbb saya dah abis hutang..ha haha...dan pulak anak2 pulak hari2 nangis bila hntr ke umah bbyster....

    ReplyDelete
  4. suami sy pun kaya...kaya kasihsayanglah...hhhehe

    ReplyDelete
  5. mentaliti "ada ijazah kena kerja" tu perlu dibuang jauh jauh..
    kita belajar sebagai tuntutan agama..

    Dan kena buang juga mentaliti umat melayu " kerja dgn org supaya terjamin"...Kerja dgn orang a.k.a menjadi kuli, memang patut di ubah...Kita kena jadi bos dan jadi kuli...bina empayar perniagaan sendiri..belajar tinggi2 dapat ijazah, last2 jadi kuli...tokey yg sekolah takat form 3, kaya raya banyak masa senggang utk spend dgn family.

    ReplyDelete
  6. mmglah makcik2 akan tegur sbb majoriti yg belajar dulu bukan makpak kaya
    niat nak belajar dulu tu sbb nak dapat keje bagus dan tolong mak ayah
    bila dah abis belajar terus kawen..lepas tu duk umah jaga anak
    dapat pulak laki tak kaya mana..nak hulur rm50 kat mak ayah pikir 16kali
    sbb bukan duit sendiri
    sbb tu makcik2 tu tanya..mgkin makcik tu nak zahirkan perasaan dia.hehe

    saya keje sbb suami saya belum kaya lagi dan saya juga tak boleh duk umah 24jam
    boleh gitu?

    ReplyDelete
  7. kalau yang anak ramai tu...mayb tuk bayar pada nursery dah berdouble2...so the better choice is...isteri duk rumah...=)
    ni pendapat saya la....

    ReplyDelete