Untung orang yg dapat berpuasa 9 zulhijjah.


Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya (dari api neraka) sebagaimana pada hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab,

 "ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya." (Riwayat Muslim)

Untungkan orang yang diberi kesihatan dan tiada uzur syarie, boleh rebut peluang berpuasa pada 9 Zulhijjah iaitu ESOK (25 OKTOBER 2012 - KHAMIS). Bukan tu je, esokkan hari khamis, boleh gabung niat puasa sunat hari khamis juga.

Kalau dalam perniagaan , jika di beri pilihan antara nak untung dan rugi , sesiapa pun takkan pilih rugi kan. Tapi bila masuk bab pahala camni, ada yang buat tak kisah pun. 

Korang pilih untung atau rugi?

Apa-apa pun JOM BERPUASA PADA HARI ARAFAH......bagi yang tiada uzur syarie la....

3 comments: