Adam dan Hawa Episod 25, 26, 27 & 28


Ain:

"Dah tak da apa lagi yang kita nak bincang am..."

" 3 bulan berturut-turut am tinggalkan Ain tanpa nafkah ..dengan sendirinya hak am atas ain gugur...."

 " Ain tak kan pernah percayakan orang macam am ni..."

"Ain dah ada orang lain..."

Adam masih cuba memujuk Ain untuk kembali kepadanya dan memulakan hidup baru, namun Ain masih berdegil hingga menyatakan kepada Adam bahawa dirinya sudah berpunya. Apakah yang akan berlaku?
Okey la cam biasa kalau nak baca sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro ". Kat bawah ni video promo untuk drama bersiri Adam dan Hawa bagi Minggu ke 7 , Episod 25, 26, 27 & 28.

Video Promo Minggu Ke 7

Sinopsis Episod 25

(Episod 25) - Adam tahu ini semua plan mama dan mak mertuanya. Maria cuba buat yang terbaik untuk mereka berdua. Ain juga dalam dilemma bila tahu mak mertuanya juga ada bersama Adam.
Tak sampai hati untuk kecewa bila Maria ingin sekali berjumpa dengannya. Mungkin ini masanya Ain harus mengubah pendiriannya, lebih-lebih lagi pertemuan mereka berdua di tanah suci. Allah mengkhendaki mereka terus bersama. Maria pandai berkata-kata hingga membuatkan Ain terus melekat pada Maria dan Adam.

Sedangkan dalam masa yang sama dia sedang melawan perasaannya terhadap Adam. Adam dan Ain tetap 'bertegang urat' ada aje yang Adam persoalkan akan membuat Ain cepat naik angin. Dalam pertemuan mereka berdua, Adam cuba berterus terang isi hati pada Ain dan perasaan makin sayang pada Ain, tapi Ain perlekehan keikhlasan Adam.

Dendam yang terlalu lama membuatkan Ain langsung tidak beri peluang pada Adam..!!



Sinopsis Episod 26

(Tonton Episod 26) - Api kebencian yang membara lambat laun pasti akan terpadam dengan nyamannya rasa cinta. Adakah Ain sudah menerima semula Adam yang sentiasa dirinduinya?

Sinopsis Episod 27

(Tonton Episod 27) - Adam masih lagi berusaha memujuk Ain agar kembali kepadanya. Pelbagai cara telah Adam lakukan namun Ain masih tetap berdegil meskipun Adam sempat mengatakan "Am rindukan Ain.." Apakah yang akan terjadi seterusnya? 


Sinopsis Episod 28
(Tonton Episod 28) - Kad dari adam : "Am tak izinkan Ain pergi jauh dari Am lagi .... Am sayang Ain "
Sms Adam kepada Ain : " Dah sampai Malaysia? Mama kirim salam.. Am kirim rindu "
Sms Adam kepada Ain : " Am rindu Ain... Take care sayang "

Kepulangan Ain dan Azie ke Malaysia di sambut oleh Johan. Johan mengetahui pertemuan antara Adam dan Ain di sana. Adam pula merindui Ain. Apakah perasaan Ain pula kepada Adam? Dan apakah yang dilakukan oleh Johan selepas mengetahuinya?


No comments:

Post a Comment