Adam dan Hawa Episod 33, 34, 35 & 36


Hmmm cerita ni pun dah nak masuk minggu ke 9 kan. Hampir separuh jalan dah drama Adam dan Hawa ni bersiaran. Kalau baca komen pengikut setia drama ni ada yang geram dengan sikap jual mahal Ain. Tak kurang juga yang rasa simpati dengan Am.

Untuk episod 33, 34, 35 & 36 bagi minggu ke 9 ni pun Ain masih bersikap dingin dengan Am lagi. Tapi Ain dah mula sedar ada rasa rindu pada Am.

Ain : " Kenapa susah sangat aku nak kikis perasaa benci pada Am ni.. bila berjauhan aku rasa rindu bila dekat asyik nak gaduh je.. tah la aku sendiri pun tak faham.. kenapa rasa marah pada dia tak pernah-pernah padam.. ni la orang kata benci tapi rindu... "


Seperti biasa kalau nak baca sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro ".

Untuk sinopsis bagi setiap episod (Episod 33, 34, 35 & 36) bagi minggu ke 9 boleh baca dibawah:


Sinopsis Episod ke 33

(Tonton Episod 33) ~ Adam mengajak Ain keluar? Ke mana destinasi Adam dan Ain? Apakah yang dibincangkan mereka berdua?


Sinopsis Episod ke 34

( Tonton Episod 34) ~ Setelah berjaya mengajak Ain keluar bersama, Adam masih ingin mengajak Ain untuk berjumpa. Adakah Ain sudi untuk keluar dengan Adam sekali lagi?


Sinopsis Episod ke 35

(Tonton Episod 35) ~ Azie sebenarnya berhubung dengan Johan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Ain lansgung. Tapi sekali sekala terasa bersalah pada Ain. Namun bila bercakap soal 'hati' manusia sanggup buat apa saja..

Adam terasa hati bila Ain sanggup kenakannya. Ain langsung takda perasaan bersalah..makin sakitkan Adam lagi..kata Ain...'tu baru sikit..apa yang Am buat Ain sebelum ni lagi sakit..!

Tapi seketika aje, timbul pulak perasaan bersalah…Ain pun tak tahu kenapa susah sangat nak padam api dendam pada Adam…itu memang tak boleh nak dinafikan..!

Faridah, ibu Johan mula bertanya tentang hubungan Johan bersama Ain. Johan tetap nak berkahwin dengan Ain seperti yang dirancangkan. Malah kali ni Johan percepatkan niatnya.

Ain makin cuba melarikan diri dari Adam. Azie mula selesa dengan Johan, suka bila Ain tak nak join mereka. Ain langsung tak notis perubahan Azie terhadap Johan.

Kebetulan Dee terserempak dengan Ain bersama Johan dan Azie. Dee mula plan yang bukan-bukan untuk Adam 'makan hati' dengan perbuatan Ain.

Johan happy bila Ain suka dengan apa yang dia buat untuk Ain. Dalam masa yang sama Azie seolah melayan 'perasaannya sendiri' pada Johan..!

Dee berjaya buat Adam tak senang duduk untuk melihat `perlakuan` Ain dengan lelaki lain. Tergamam Adam bila melihat Ain memang duduk berdua dengan Johan aje..!! sakit hati Adam....


Sinopsis Episod ke 36

(Tonton Episod 36) ~ Mak Johan telah menghubungi Mak Ain untuk datang ke kampung halaman Ain. Apakah tujuan kedatangan tersebut? Adakah Johan ingin "merisik" Ain?

3 comments:

  1. nampaknya makin femes lagi aaron ni....

    ReplyDelete
  2. bila nk upload ni..huhuhu...

    ReplyDelete
  3. update2 lah cepat..sbb dah promot site ni..errm.

    ReplyDelete