Adam dan Hawa Episod 37, 38, 39 & 40


Minggu ke-10 means tinggal lagi 10 minggu. Dah masuk pertengahan cerita ada lebih kurang 40 episod lagi untuk ditonton.

Untuk minggu ke 10 , Episod 37, 38, 39 & 40 sinopsis serta video promo bagi setiap episod boleh lihat di bawah.

Seperti biasa kalau nak baca sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro ".



Sinopsis Episod ke 37

(Tonton Episod 37) ~ Adam ingin berdepan dengan Johan dan Ain tentang perkara yang terjadi. Dia turut menghantar sms kepada Dee untuk menyakitkan hati Dee dan ini menimbulkan kemarahan.

Tetapi Dee tetap tidak mengalah malah meluahkan rasa hatinya bahawa dia sanggup menjadi isteri kedua kepada Adam. Perbuatan itu membuatkan Adam terkedu dan mula merasa bimbang.

Adam rimas dengan cara Dee untuk dapatkan cintanya. Ain kini pulak sering teringat-ingat kata-kata nasihat dari mak dan mertuanya…mula sedar walaupun sejauh mana Ain pergi atau lari hakikatnya Ain Hawani dan Adam Muhkriz masih suami isteri yang sah..!!

Ain mula tak senang duduk dengan plan yang Mak Johan buat…bertandang sambil merisik Ain.

Dalam masa Johan terkejut dengan plan maknya yang mendadak..malah Azie juga mula ada rasa cemburu. Johan jadi serba salah bila Azie pun nak join sekali untuk bertandang ke rumah mak Ain di kampung kerana Azie tak tahu tujuan mak Johan ke kampong.

Normah yang serba tak kena terpaksa juga menyediakan hidangan untuk tetamu. Ain dan Eja sedang berkira-kira apa yang akan terjadi bila mak Johan sampaikan hajatnya dan yang jadi mangsa tentu sekali ibu mereka...!!

Kehadiran Johan dan keluarganya memang dinantikan tapi kedatangan Azie bersama keluarga Johan membuatkan Eja terasa ada sesuatu yang tak kena…kenapa Azie kena ikut sekali..!!

Azie masih berteka-teki tentang tujuan utama mak dan ayah Johan, siap 'ugut' Ain. Tapi Ain buat biasa aje.

Faridah terus terang dengan niatnya. Normah tak senang duduk kerana dia tahu Ain masih tak berterus terang dengan statusnya. Cadangan Faridah untuk mengikat tali pertunangan dan mempercepatkan pernikahan Johan dan Ain membuatkan bagai malapetaka yang menimpa hidup Normah…!!


Sinopsis Episod ke 38

(Tonton Episod 38) ~ Musim buah sedang lebat. Johan teruja memetik buah-buahan begitu juga Azie. Azie akan ikut kemana aje Johan akan pergi. Perbuatan mereka berdua Eja dan Normah perasan.

Dee ada mengupah seseorang untuk mengekori Ain dan Adam. Dee nak tahu setiap apa saja perbuatan mereka. Dee dapat rasakan Ain tak tinggal bersama Adam. Dee akan cari cara untuk dapatkan Adam juga.

Normah naik angin dengan Ain bila Ain tak serius tentang statusnya. Ain pulak rela bercerai dan sanggup pilih Johan dari Adam. Terang-terangan Johan memang baik dari mula berkenalan hingga sekarang Johan sentiasa menjaga hati dan perasaan Ain. Ain membandingkan Johan dan Adam. Normah marah tentang kebodohan Ain dalam menilai siapa Adam.

Keluarga Johan beri Ain masa 6 bulan untuk bersedia tapi apa pula hubungan antara Johan dan Azie? Apa pula dugaan yang akan Adam hadapi selepas ini.

Sinopsis Episod ke 39

(Tonton online Episod 39) ~ Normah dan Eja cuba menggertak Ain tentang Azie dan Johan. Ain langsung tidak notis perkara tersebut dan kini sering menjadi tanda tanya buat dirinya.

Johan pula menjaga Azie yang terlantar di hospital dan keadaan itu membuatkan Azie semakin rasa selesa dengan Johan. Ini memberi peluang kepada Azie untuk membandingkan dirinya dengan Ain.

Ain runsing memikirkan apa yang dikatakan oleh adik dan ibunya tentang hubungan Johan dan Azie. Azie pula sentiasa cemburu dengan Ain. Apakah yang dipikirkan oleh Ain sekarang?

Sinopsis Episod ke 40

(Tonton online Episod 40) ~ Azie mula mendekatkan diri pada Johan. Azie cuba pikat hati Johan secara diam-diam tetapi Johan tidak pernah mengetahui perkara tersebut. Pada Johan dia mengambil berat tentang Azie kerana mereka seperti rakan baik sahaja. Namun Johan semakin rasa gembira bersama Azie, dan ini menyebabkab dia mula runsing memikirkan perhubungan mereka.

Adam pula masih berusaha untuk mencuri hati Ain kembali. Adam terus cuba memenangi hati Ain dan ketika itu Ain juga mula terasa dirinya ingin dibelai seperti seorang wanita lain juga. Tetapi Ain terfikir mengapa Adam tidak pernah jemu walau bertahun dirinya berpisah dengan suaminya itu. Adakah Ain akan terbuka hati untuk Adam kembali?



No comments:

Post a Comment