Cara Penyembelihan haiwan korban dan aqiqah


Info umum bagi yang terlibat dengan korban ataupun aqiqah.....

1. Beri makan dan minum kepada haiwan terlebih dahulu
2. Tajamkan pisau (jangan dihadapan haiwan yang akan disembelih)
3. Hadapkan haiwan ke arah kiblat sambil membaca doa
4. Baringkan haiwan di atas lambung kirinya, Pastikan ia menghadap ke arah kiblat
5. Pegang atau ikat kaki-kaki haiwan (kecuali satu kaki kanan) agar ia tidak meronta
6. Tekan pisau dengan bertenaga. Pastikan urat merih (saluran pemakanan), urat halkum (saluran pernafasan) dan dua urat tepi leher putus dengan cepat dan sempurna. Pastikan pisau tidak terangkat semasa menyembelih.
7. Buka ikatan serta merta dan jangan menahan rontaan haiwan. Jangan alihkannya dari tempat penyembelihan hingga ia benar-benar mati

Add captionPintar Korban & Aqiqah - Majalah al-Ustaz isu 7
Sumber : 
Ustaz Zahazan Mohamed
UNTUK GAMBAR YANG LEBIH JELAS SILA BELI SENDIRI MAJALAH AL-USTAZ YA (^_^) 

1 comment:

  1. saya berharap suatu hari nanti saya pun boleh menyembelih haiwan..;)

    salam aidiladha....selamat bercuti panjang

    ReplyDelete