Check SMS , mana tahu ada surat cinta...


Surat Cinta?

Tu istilah yang kitaorang gunakan bagi merujuk pada saman trafik. Tahun ni dah dapat 2 saman, satu saman yang tidak diketahui  langsung kewujudannya sebab tak de surat pun yang dihantar, dan satu lagi saman laju yang ada di hantar " surat cinta".

Yang first tu kena masa balik dari KL awal tahun dulu, waktu kena 6.45PM di highway KL-Karak , dah lepas dari exit masuk bandar bentong, jalan menurun bukit sedikit. Saman kedua kena kat bypass kuantan masa on the way balik terengganu Raya puasa baru ni. Hmmm melayang jugak la RM300 tuk 2 saman ni.

Actually kitaorang memang bukan jenis yang rajin nak check saman tak kira la guna laman web ke atau sms. Bajet bawa kereta secara berhemah la konon.. tapi tiap-tiap tahun mesti ada je " surat cinta" yang hubby dapat.

Tuk balik raya kali ni, dah check sms saman, Alhamdulillah tiada saman. Mungkin faktor orang duk heboh pasal AES plus tak lama mana lepas bayar saman baru ni, so lebih berhati-hati dan bawa secara santai je.

Tapi rasanya rata-rata memang memandu secara perlahan kan time balik raya korban baru ni, bukan faktor AES tapi dah memang bersesak dengan kereta yang banyak, siapa mampu bawak laju kan?

Kalau korang rasa korang atau suami korang ada terpandu laju, boleh check ada tak saman dengan cara :


  • Semak Saman AES Melalui SMS 

Untuk menyemak saman Trafik, Saman JPJ atau Polis secara SMS, taip ; POLIS SAMAN ( NO. Plat kenderaan ) dan hantar ke 32728 .
* Caj RM0.50 akan dikenakan bagi setiap SMS 


  • Semak Saman AES Melalui Website 

Anda juga boleh semak saman melalui website Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK)


  • Semak Saman AES Melalui SMS 15888 

Selain semak saman AES secara SMS macam cara 1 tadi, yang nie pun boleh digunakan. Anda perlu taip ;
POLIS SAMAN [NO. Plat kenderaan] dan hantar ke 15888
* Setiap SMS akan dicaj RM 0.20. 


  • Semak Saman AES melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 

Semakan saman juga boleh dibuat melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara percuma. Sebelum itu, anda perlu memohon dan mendaftar ID Sikap anda dikaunter JPJ yang berdekatan. Antara perkhidmatan yang disediakan;
- Semakan Saman/Notis 
- Semakan Senarai Hitam 
- Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh 
- Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
- Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu
dan banyak lagi .. 


  • Semak saman AES melalui Android Smartphone 

Bagi pengguna Android Smartphone, anda mungkin ingin mencuba mengguna aplikasi-aplikasi berikut untuk menyemak saman AES secara online; 
Malaysia Polis Summons
Check Saman JPJ 

Sumber : Anastasyea Blog

6 comments:

  1. ooooo.. ingatkan surat cinta ape tadi.. hehehe..
    kena cek jugak lepas nih..:)

    ReplyDelete
  2. takutnya nak semak...dahlah dulu hubby byr beratus juga...

    ReplyDelete
  3. kat bypass selalu ramai yg kena. akk sy pun selalu huhu
    hati 2lepas ni

    ReplyDelete
  4. tak balik kampung...tp ini peringatan utk kami juga

    ReplyDelete
  5. hehehe...samala ngan raz...kena saman kat bypass gak...otw nak balik dr umah mak hfz ke umah mak raz...bawah flyover depan istana hinggap tu lah..nampak je polis tu dok tgu celah pokok..tapi jaln kat ctu straight...2 lane lak...laju jelah...kena saman bln 4 aritu..tapi xdop dpat surat pun...last month baru tau blh cek saman sms...maka try la cek..tu yg tau tu..nasib baik gaji mgu lepas...so balik cuti raya aritu berkorbanla duit rm150 byr saman

    ReplyDelete