Produk Acai Berry yang tidak berdaftar


Isu Acai Berry beracun ni dah agak lama keluar di media cetakkan?

Even di blog-blog pun merata yang dah up cerita tentang hal ni. Entry ni pun sekadar nak perpanjangkan info berkaitan produk-produk yang berasaskan Acai Berry ni je. Mungkin ada yang terlepas pandang tentang isu ni atau ada yang rasa dia tak terlibat so malas nak ambil tahu.

Bagi yang belum tahu atau malas nak ambil tahu atas apa sebab sekalipun, elok la ambil tahu, mungkin bukan untuk kita tapi untuk orang yang rapat dengan kita atau orang yang berada sekitar dengan kita. Mungkin info yang sedikit ini dapat membantu jika tidak sekarang mungkin di masa lain.

Actually buah Acai Berry ni antara buah yang banyak khasiat. Sedikit info berkaitan acai Berry yang perlu kita tahu ialah:
  • Acai Berry merupakan sejenis buah yang berwarna ungu kemerahan daripada pokok acai palm (Euterpe oleracea) yang banyak tumbuh di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. 
  • Buah Acai Berry ini menjadi makanan utama bagi penduduk Caboclo di Amazon Brazil.
  • Untuk setiap 100 g serbuk kering buah acai berry mengandungi :
    • 52.2 gram karbohidrat,
    • 8.1 gram protein dan
    • 32.5 g lemak
    • juga mengandungi kalsium, ferum, vitamin A, antosianin dan flavonoid
Untuk makluman, walau pun buah Acai Berry ini dikatakan memiliki banyak khasiat tapi SETAKAT INI TIADA LANGSUNG BUKTI SAINTIFIK YANG MENYATAKAN ACAI BERRY BERKESAN UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN.

So jika ada yang claim kata Buah Acai Berry ini mampu untuk menurunkan berat badan dalam waktu yang singkat, elok BERHATI-HATI. Lihat betul-betul kandungan bahan lain yang digunakan. Dikhuatiri terdapat pengilang yang tidak bertanggung jawab mencampur produk mereka dengan SIBUTRAMINE bagi memastikan produk berasaskan acai berry ini berkesan.

Mengikut maklumat dari FB Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan juga laman web Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Semakan yang dijalankan ke atas produk berasaskan acai berry yang dijual melalui internet di Malaysia mendapati kesemua produk-produk tersebut tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Antara produk yang dimaksudkan adalah seperti berikut;

• ABC Acai Berry Soft Gel
• Acai Berry Dietary Supplement
• Acai Berry Slimming Herbal
• Acai Berry Pure
• Acai Berry Extreme
• Acai Berry Detox
• Nature’s Garden Acai Supreme Plus
• Acai 1000mg
• Acai Berry ABC Plus

Manakala senarai produk berasaskan acai berry yang disahkan mengandungi racun berjadual ialah :

  1. ABC Acai Berry Soft Gel
  2. Acai Berry Dietary Supplement
  3. Acai Berry Slimming Herbal


Sumber : www.syuhadasalleh.my



2 comments: