Tonton Drama Dalam Hati Ada Taman


* Sinopsis setiap episod dan link tonton online dibawah 

Telemovie "Dalam Hati Ada Taman"

Oleh : Michael Ang ; Cube Film

Dibintangi Oleh : Randy Pangalila, Elfira Loy, Hanez Suraya, Amar Asyraf, Amy Mastura, Riezman Khuzaimi,  Bembi 'Ratno',    Didie Alias, Faizal Hussien, Sharifah Shahora, Liza abdullah, Sharifah Sakinah.

Mula Bersiaran : 29 Oktober 2012

Waktu Bersiaran : 9.30pm setiap isnin

Channel : Astro Ria

Episod : 13 Episod


Tonton Online Episod  1 (29hb Oktober 2012) : Bella dikejutkan oleh ibunya, amy yang ingin mengahwininya dengan Danial. Terdesak, Bella berpakat dengan lelaki yang tidak disukainya, Randi untuk mengelak desakan ibunya.

Tonton Online Episod  2 (5hb November 2012) : Amy berjumpa dengan Randi dan memberi tempoh 100 hari kepada Bella untuk memberi keputusannya. Mereka kemudiannya kembali ke Malaysia

Tonton Online Episod  3 (12hb November 2012) : Amy berjumpa dengan Randi dan memberi tempoh 100 hari kepada Bella untuk memberi keputusannya. Mereka kemudiannya kembali ke Malaysia,

Tonton Online Episod  4 (19hb November 2012) : Amy yang mengetahui latar belakang keluarga Randi menyuruh Bella untuk terus keluar dengannya, manakala perhubungan Randi dan Sofia diketahui oleh Bella.




Sinopsis Penuh ~ Mengisahkan seorang ibu tunggal Amy yang membesarkan anak perempuannya Bella di Kota Paris. Amy sanggup melakukan apa sahaja demi membesarkan anak kesayangannya itu dengan sempurna tanpa sebarang halangan. Untuk menyara kos kehidupan yang agak tinggi di Kota Paris, Bella bekerja di kedai pastri untuk meringankan beban ibunya.

Dalam keadaan kesempitan dihimpit masalah kewangan, Amy terserempak dengan rakan lamanya Sam dan anaknya Danial di Kota Paris. Dari situ, Amy mula berusaha untuk menyatukan Bella dan Danial setelah mengetahui Sam kini merupakan seorang jutawan. Perkara tersebut telah sampai ke telinga Amy dan mula kecewa dengan perbuatan ibunya itu.

Dalam pada itu, Bella berkenalan dengan lelaki kacak bernama Randi yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Sebagai seorang yang kacak dan menawan, Randy sememangnya sudah mempunyai kekasih yang juga merangkap tunangnya iaitu Sofea. Konflik bermula apabila dia meminta pertolongan daripada Randi untuk menyamar sebagai tunangnya untuk mengelak dari dijodohkan dengan Danial.

Walaupun Bella sememangnya tidak menyukai Randi, tetapi helah ini pastinya mampu menghalang niat ibunya itu. Lebih parah, dalam diam Randi sebenarnya jatuh cinta dengan Bella tanpa pengetahuannya. Amy pula menetapkan syarat untuk memberi masa selama tiga bulan kepada Bella mempertimbangkan pilihan hatinya antara Danial atau Randi.

Hari demi hari akhirnya Bella telah jatuh cinta dengan dua jejaka tersebut sehingga menimbulkan masalah kepada dirinya sendiri. Apakah yang bakal dilakukan oleh Bella untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya ini? Mampukah Bella membuat keputusan dengan bijak siapakah di antara mereka berdua yang mampu menjadi teman hidupnya sehingga ke akhir hayat.


2 comments:

  1. sinopsis menarik. tapi saya jarang menonton akhir2 ni.

    ReplyDelete
  2. besar dah budak yg belakon iklan kid and cash tu..

    ReplyDelete