Antibiotik Haram : Produk ayam syarikat terkenal diuji


Persoalannya produk ayam dari syarikat mana?

Ya la perkara tak sahih lagi kan, baru diuji di makmal belum ada keputusan rasmi lagi, so tak boleh la diaorang senang-senang nak siarkan produk dari syarikat mana. 

TAPI

Bila dah disebut "sebuah syarikat pengeluaran produk makanan sejuk beku dan ayam segar terkenal" ramai la yang akan buat speku kan?

Dan rata-rata mempunyai tekaan yang sama. Dalam sebuah forum ada la diaorang tepek gambar "surat" bertarikh 1 November 2012 berkaitan penarikan import produk ayam dari sebuah syarikat. Korang google je la dengan kata kunci " Produk Ayam Syarikat Terkenal diuji di makmal" nanti jumpa la.

Even kes tu dijumpai di Sarawak, camna pulak dengan kita yang kat semenanjung ni ya?

*UPDATE : Ayamas Disiasat ( Susulan ayam ada antibiotik)



Oh ya kalau korang  nak tahu lebih lanjut tentang antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol  korang boleh baca kat wikipedia : Chloramphenicol.  Tapi secara ringkas seperti yang dah tertulis kat keratan akhbar diatas ;
"Chloramphenicol merupakan sejenis antibiotik yang berfungsi untuk menghalang pertumbuhan bakteria selain digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan mata pada manusia.

Kewujudan antibiotik tersebut pada ayam bagaimanapun dikatakan boleh memberi kesan sampingan kepada orang ramai yang memakannya seperti muntah, cirit-birit dan sakit kepala."

Sumber: Kosmo
Harapnya tak semua ayam disuntik dengan antibiotik haram tu....



1 comment:

  1. susah jugak ya kes macam ni..macam aritu kes sendayu tinggi..kena rush bagai..sudahnya macam takde khabar berita..lepas tu ok ke tak ok ke.. consumer yg jadi mangsa..

    ReplyDelete