Praktik tak Sunnah Ketika Makan ni ?


Antara Sunnah Ketika Makan ( Sumber : FB Majalah al-Ustaz )
  1.  Makan dengan tangan kanan dan yang paling dekat:

    Dari Umar bin Abu Salamah r.a berkata, "Semasa kecil, saya berada di bawah asuhan Rasulullah s.a.w, dan saya pernah menghulurkan tangan untuk mengambil makanan yang berada pada satu piring. Kemudian Baginda bersabda: Wahai anak kecil, sebutlah nama Allah Ta'ala serta makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan yang dekat denganmu." 
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


  2. Makan jangan sekaligus: Dari Jabalah bin Suhaim berkata: 

    "Suatu ketika kami bersama-sama dengan Ibn Zubair mengalami musim kekurangan makanan, kemudian tiba-tiba kami mendapat rezeki kurma. Ketika itu Abdullah bin Umar r.a lalu, sedangkan kami tengah makan kurma. Kemudian beliau berkata: "Janganlah kamu makan sekaligus dua butir kurma atau lebih. Kerana sesungguhnya Nabi s.a.w melarang untuk makan sekaligus dua butir kurma atau lebih. Kemudian ia berkata lagi, "Kecuali bila ia minta izin kepada kawannya." 
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  3. Nasihat kepada orang yang tidak kenyang: 

    Dari Wahsyi bin Harb r.a bahawasanya sahabat2 Rasulullah berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi tidak merasa kenyang." Rasulullah bersabda: Mungkin kamu semua makan sendiri-sendiri. Mereka menjawab: Benar." Baginda bersabda: "Maka berkumpullah kamu kalau makan, dan sebutlah nama Allah Ta'ala nescaya kamu semua mendapat keberkatan di dalam makanan itu." 
    (Riwayat Abu Daud)


  4. Ambil makanan dari tepi, jangan dari tengah pinggan: 

    Dari Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Barakah turun pada tengah-tengah makanan. Maka makanlah kamu semua dari tepi dulu, dan jangan mulai dari tengah." 
    (Riwayat Abu Daud)

    Sekiranya kita makan secara berjamaah (@berseorangan), eloklah kita mulakan makanan yang dekat dengan kita (tepi) dahulu. Hikmahnya, kita akan berusaha untuk mencapai keberkatan lalu menghabiskan makanan tersebut (dari tepi ke tengah) dan secara tidak langsung mengelakkan pembaziran - Berkat


  5. Makruh makan bersandar: 

    Dari Abu Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak pernah makan dengan bersandar."
    (Riwayat Bukhari)


  6. Memperbanyakkan orang untuk makan: 

    Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan dua orang itu cukup untuk tiga orang, dan makanan tiga orang itu cukup untuk empat orang."
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


  7. Bersihkan sisa-sisa makanan yang melekat dijari dan pinggan:

    Dari Jabir r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w menyuruh untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang melekat pada jari dan pinggan, lalu Baginda bersabda: "Sesungguhnya kamu semua tidak tahu pada bahagian mana dari makananmu itu yang mengandungi berkata." 
    (Riwayat Muslim)



5 comments:

  1. Prkongsian yg sgt baik ..trima kasih :)

    ReplyDelete
  2. saya pun baru buat entry mcm ni smlm, tapi lebih kpd mkn tgn mana..:)

    ReplyDelete
  3. macam susah je nak makan bersandar kan...

    ReplyDelete
  4. ada yg diamalkan. thanks kongsi :)

    ReplyDelete