Layan Drama Terlanjur cinta pulak...


*Link tonton online dibawah

Masa baca sinopsis dan tengok video promo bagi Drama bersiri " Terlanjur Cinta ' ni nampak cam menarik. Tapi dek kerana cuti-cuti balik kampung terus terlupa nak tonton. Nasib baik la ada yang rajin upload boleh la catch up dari episod 1 sampai episod 3.

Untuk makluman pada yang nak tahu serba sedikit tentang cerita ni, Drama Terlanjur Cinta ni ditayangkan di Slot Ratu Tv9. Mula Bersiaran dari 20 November 2012, setiap hari isnin dan selasa, pukul 8.30 malam.

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Raja Ema, Siti Saleha, Aqasha, Nazim Othman, Zul Ariffin dan Marsha Milan.
Untuk sinopsis Drama Terlanjur Cinta , seperti di bawah :
Mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.

Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.

Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.
















No comments:

Post a Comment