Adam dan Hawa Episod 41, 42, 43 & 44


"Cinta tiga segi? Sedikit demi sedikit, apa yang tersorok muncul tiba-tiba. Hubungan Johan dan Azie semakin hari semakin mesra dan Ain mengakui Am suaminya?"
Sinopsis adam dan hawa minggu ke- 11

Bukan setakat cinta 3 segi dah, dah bersegi-segi jadinya.

Dee -> Adam -> Ain <- Johan <- Azie

Rata-rata pengikut setia drama ni tak sabar untuk menonton Drama adam dan Hawa bagi minggu ke-11 , episod 41, 42, 43 & 44 ni kan?

Dan rasanya ramai juga tak sabar nak sampai ke part/babak  kat bawah ni :
ending Adam dan hawa
Am & Ain bersatu...

ending adam hawa johan dan azie
Johan dan Azie Kahwin

Okey la , lambat lagi nak sampai ke babak happy kat atas ni. Tuk minggu ke 11 ni layan Episod 41, 42, 43 & 44 dulu. Sinopsis serta video promo bagi setiap episod boleh lihat di bawah. Seperti biasa kalau nak baca sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro ".

Video (Youtube) Promo Minggu Ke 11



Sinopsis Episod ke 41

(Tonton online Episod 41) ~ Adam cuba mengawal dirinya yang sememangnya kurang selesa dengan perangai Dee yang sememangnya sukar untuk dia melepaskan Adam begitu sahaja.

Kemesraan antara Azie dan Johan pula semakin hari semakin erat. Azie semakin yakin dengan perasaannya dengan Johan tetapi demi Ain, dia sanggup untuk pendamkan sahaj perasaan yang terbuku di hati. Dia semakin sayang terhadap Johan dan mengharap perasaan yang sama dari Johan.

Dee masih berusaha untuk mendapatkan kembali Am walaupun Am banyak kali menolak permintaan Dee. Dee  mencari satu perangkap yang membolehkan Adam menjadi hak miliknya sampai bila-bila.

Apakah yang akan terjadi seterusnya?


Sinopsis Episod ke 42

(Tonton Episod 42 : youtube & dailymotion;) ~ Ain mula rasa bersalah kerana sepatutnya dia perlu cuba membaiki keadaannya bersama Adam dan tidak sepatutnya pentingkan diri sendiri. Adam mula terasa hati dengan sikap Ain dan cara dia melayan Adam.

Johan pula semakin kalut dan serabut dengan perasaannya sendiri. Azie sendir sudah mula berani menyuarakan perasaan hatinya yang terpendam sekian lama.

Lebih berani Johan bertanya sesuatu yang agak keberatan untuk Azie menjawab persoalan tersebut.

Sinopsis Episod ke 43

(Tonton Episod 43 : dailymotion & youtube) ~ Hubungan Azie dan Johan kini semakin serius. Akhirnya Johan dan Azie mengaku perasaan yang merasa rasakan selama ini dan masalah yang dihadapi adalah jika hubungan cinta mereka diteruskan, bimbang persahabatan meraka bertiga akan hancur begitu sahaja.  Johan juga risau akan masa yang di beri oleh ibunya untuk Johan dan Ain.

Dalam pada itu, Adam menelefon Ain apabila berada dalam keadaan tidak menentu. Ain mula rasa selamat dan selesa ketika Adam sudi membantunya. Ain pula kini semakin hari makin rapat dengan Am. 

Ain masih cuba untuk berterus terang dengan Johan. Apakah yang akan Ain cakap pada Johan?

Sinopsis Episod ke 44

(Tonton Episod 44 : youtube & dailymotion) ~ Ain kini semakin rapat dengan Am, tapi kadang-kadang Ain tidak dapat kawal perasaan marah pada Am. Johan semakin rapat dengan Azie hingga melupakan Ain. Adakah Johan akan tinggalkan Ain untuk Azie?


Sumber Gambar credit to nurizspace.com & Instagram HazimZain

2 comments:

  1. wahh mmg tak sabar utk adam dan hawa bersatu ..

    ReplyDelete
  2. hawa mmg utk adam...tunggu waktu bsama je.;)

    ReplyDelete