Adam dan Hawa Episod 49, 50, 51 & 52



Minggu ke 13 ( episod 49, 50, 51 & 52) Pertemuan Ain, Azie dan Johan berjalan lancar. Masing-masing kini sudah mengetahui kedudukan sebenar. Tetapi masih ada yang tak kena!

Johan seolah-olah masih keliru dengan perasaannya sendiri.

Johan : " I masih sayangkan you Ain.."

Apakah yang akan terjadi selepas ini?

Bagi Minggu ke 13 , episod 49, 50, 51 & 52, video promo bagi minggu ini boleh lihat di bawah.


Seperti biasa kalau nak baca sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro ".

Sinopsis serta link tonton untuk episod 49, 50, 51 & 52 boleh lihat dan baca dibawah :



Sinopsis Episod ke 49 

(Tonton online Episod 49 : Youtube & Dailymotion) ~ Azie mula gelabah apabila berdepan dengan Ain dan mula berdolak dalih apabila berbicara. Johan pula bersikap mengalah dan mengakui kesalahan dirinya dengan apa yang berlaku antara mereka bertiga.

Namun mereka bertiga mula bersikap terbuka malah Ain merasa gembira apabila Johan akhirnya memilih Azie sebagai pasangan hidupnya dan ikatan persahabatan mereka tidak akan pernah terputus.

Johan pula terkejut apabila melihat Adam datang dan duduk sekali bersama mereka bertiga dan lebih memeranjatkan apabila mengetahui Adam adalah suami kepada Ain.



Sinopsis Episod ke 50 

(Tonton online Episod 50) ~ Ain bertengkar dengan Adam isu tentang mereka berempat dengan soalan-soalan yang menyakitkan hati dari Adam.

Johan pula rasa seperti dipermainkan oleh Ain selama ini hingga hati dan jiwa nya mula kacau bilau. Namun tidak pula pada diri Ain dan Azie yang lebih berfikiran positif dan menganggap ianya adalah ketentuan dan takdir dari Allah SWT.



Sinopsis Episod ke 51

(Tonton online Episod 51) ~ Johan kini semakin mendesak Ain untuk kembali kepadanya sedangkan dia tahu Ain kini semakin intim dengan Am. Apakah yang Johan akan buat?



Sinopsis Episod ke 52 

(Tonton online Episod 52) ~ Johan terus dengan niatnya untuk mendapatkan Ain kembali. Dan Dee juga teruskan usahanya untuk memusnahkan hubungan Ain dan Am. Adakah mereka berdua akan berjaya?







1 comment: