Adam dan Hawa Episod 53, 54, 55 & 56


Seperti biasa kalau nak baca sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro ".

Untuk Entry ni hanya sinopsis dan video promo (serta link tonton) bagi minggu ke 14, episod 53, 54, 55 & 56 yang akan di update.

Sedikit sinopsis untuk minggu ke 14 :
"Johan masih berusaha untuk mendapatkan Ain meskipun Ain menolak dan menyatakan dirinya isteri Am. Apakah tidakan Johan seterusnya?"
Bagi yang tak pernah baca novel, untuk babak johan tagih "cinta" dari Ain macam orang gila talak  ni hanya untuk versi drama sahaja. Versi Novel lepas je perjumpaan 4 mata antara Ain, Am, Johan dan Azie, tiada babak johan tak puas hati dengan Ain pun. Flow cerita novel lebih santai.

Rasanya dalam pada ramai yang geram dan tak suka dengan watak mamat rebonding a.k.a Johan yang dah macam orang gila talak tu, Ramai juga yang tak sabar nak tunggu scene kat bawah ni kan?


Mungkin babak Am sarung cincin ke jari Ain ni untuk episod 55 atau 56 la kan..

Okey la tunggu dan lihat je la episod bagi minggu ke-14 nanti. Sinopsis serta link tonton untuk episod 53, 54, 55 & 56 boleh lihat dan baca dibawah :


Sinopsis Episod ke 53 

(Tonton online Episod 53) ~ Hubungan mereka sekarang semakin sukar dengan datangnya perasaan Johan yang tidak boleh melupa kan Ain. Apakah yang akan ibu Ain dan ibu Johan bincangkan?


Sinopsis Episod ke 54 

(tonton online Episod 54) ~ Johan masih tidak dapat melupakan Ain. Ibu  Johan tidak berpuas hati dan marah bila mengetahui status sebenar Ain. Azie pula masih belum dapat menghidu perubahan Johan.



Sinopsis Episod ke 55 

(Tonton online Episod 55 ; youtube & dailymotion) ~ Hubungan Ain dan Am kini semakin rapat, Ain pula kini menerima hakikat bahawa Am adalah suaminya. Apa pula yang akan Johan lakukan?



Sinopsis Episod ke 56 

(Tonton online Episod 56 ; youtube & dailymotion) ~ Apa yang Johan masih tidak puas hati dengan Ain? Apa yang Johan mahukan dari Ain sedangkan Ain kini sudah berbahagia di samping Am? Dan bagaimana pula dengan Azie?





No comments:

Post a Comment