Astro Mustika Percuma untuk seminggu


PERCUMA!

Bagi Pakej Mustika (Astro Citra 131, Astro Warna 132, Astro Bella 133) dan Saluran Astro Mustika HD (134) untuk tempoh seminggu ni.

Bermula dari hari ni ( 9hb November 2012) hingga sabtu depan ( 17hb November 2012)

Khabarnya Astro buka saluran tu semua sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sokongan kita-kita yang setia melangggan Astro selama ini. Tak kira la astro semakin charge mahal, tapi service tak de perubahan mana, kita tetap "SETIA" kan? Kita pun tak "KISAH" mana bila banyak siaran ulangan duk ulang tayang tiap-tiap hari, kita hadap je...

Lagi pun bila dibuka secara percuma camni dikira macam Astro buat promosi secara tak langsung la kan. Terutama 16 November 2012 ni Maharaja Lawak Mega 2012 yang akan bersiaran buat pertama kali secara langsung. Mana-mana yang rasa nak tengok live pas-pas ni mungkin akan melanggan Pakej Mustika untuk satu tempoh sehingga Maharaja Lawak Mega melabuhkan tirai.

Bagi yang tak pernah melanggan pakej Mustika sebelum ni, waktu ni la peluangnnya nak menonton filem-filem seperti Ayat-Ayat Cinta, Bujang Terlajak, Kepergok Pocong, Dorm, Datin Ghairah, KL Gangster, Evolusi KL Drift 2, Pisau Cukur dan banyak lag di saluran Astro Citra (131). Sekalipun dah tengok kesemua filem-filem tu semua apa salahnya tengok lagi dan lagi, dah Astro kasi free kan, tengok je la....

Selamat menonton!

3 comments:

  1. pakej ni saya x ambil pun, dh beri free seminggu apalagi tgk jgn tak jgn...

    ReplyDelete
  2. aida rasa astro sengaja nak bagi org tgk ML mega tu. umpan!!! then, biar org gigit jari. terpaksa la langgan mustika :-) hi hihi...

    ReplyDelete