Bukan burger la , tapi Roti John


Guna roti burger dan daging pulak kasar-kasar mana hubby tak cakap ni burger.

Actually masa hubby sampai rumah balik dari sekolah, dia tengok atas meja ada  2 potongan roti seperti dalam gambar sebelah ni. Sekali tengok memang tak de beza mana dengan burger. Hubby terus la tanya burger siapa yang punya.

Dengar je abahnya sebut perkataan burger terus Safiyya cakap : " Bukan burger la abah, tu Roti John..mama buat roti john bukan buat burger"

Kihkihkih dah ada yang tersilap...buat lagi roti john guna roti burger , dah tu meriah dengan daging pulak tu, mana tak sekali tengok nampak rupa burger. Tapi bila di ngap rasanya lain la dari burger. Dah guna resipi roti john rasanya ada la juga rasa roti john.

Ni kes nak perabihkan roti burger, tapi daging burger tak de yang ada cuma daging korban. Try cincang-cingcang tak nak pulak daging tu hancur. Liat kot, nak blend malas last-last masakkan je la dengan rempah kari sikit, bawang besar sikit, bawang putih sikit. Pastu angkat dan campur je dengan telur. then masak la macam buat roti john tu. simple tapi hubby kata rasanya sedap, siap minta buatkan lagi.

Pujian yang bikin berbunga-bunga dihati...

Ya la siapa lagi nak puji kan, dapat suami puji camtu rajin la nak buat lain kali. Kalau tak de feedback yang positif ada pulak yang gantung periuk kuali nanti. Tak berasap la dapur pulakkan. siapa yang lapar?

Satu family la yang lapar.....

4 comments:

  1. oh tak terpikir pulak boleh guna roti burger buat roti john,,kreatif ni...pernah sekali buang cam tu je roti berger sebab daging berger dah habis...lagipun dah nak expired roti tu...

    ReplyDelete
  2. kalo den tgk gambo pun kata tu burger. tapi memang best kalo bos puji..kembang...

    ReplyDelete
  3. nampak gambar pun sedap... rasa lapar lak :)

    ReplyDelete