Dah agak dah.. Harimau lembik!


Tajuk salah satu artikel sukan dalam sinar harian versi terengganu " Dah agak dah" dan  dalam Berita Harian keluar artikel bertajuk "Harimau lembik!" merujuk pada keputusan perlawanan antara pasukan bolasepak Malaysia menentang singapura dalam aksi pertama Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Biasa la kan bila dah kalah , tajuk sebegitu memang akan keluar punya. Sampaikan pemerhati bola sepak yang tak berapa nak minat tonton bola cam saya ni saje nak ambil tahu apa tajuk yang akan keluar di dada akhbar berkaitan kekalahan Malaysia semalam.

Dah agak dah mesti tajuk cam tu yang akan keluar kan?

Cuba semalam Malaysia menang, agak-agaknya apa yang akan menjadi tajuk artikel sukan hari ni?


Ada kaitan ke kahwin dengan prestasi pemain menurun? Kebetulan je tu kan?
Ada ke yang buat analisis tentang ni?

Kalah tu satu hal kan, tapi yang jadi ramai yang nak "kutuk"  dan tak puas hati sebab kalah 0 - 3 dan kalah di tempat sendiri pulak tu. Harapnya malaysia mampu bangkit untuk perlawanan yang seterusnya.


8 comments:

  1. sama senasib tapi tak sama perangai..
    biar kalah bermaruah...

    ReplyDelete
  2. hahaha...nasib la apek....harga yg perlu dibayar bila glamour..bila cekap, dipuji melambung, bila prestasi merudum, di kutuk dikeji

    ReplyDelete
  3. bola ramai yg hot juga....
    nak buat mcm mana x de rezeki buat kita.......

    ReplyDelete
  4. sedih jugak.. doakan harimau akan mengaum semula

    ReplyDelete
  5. harap cam tuh jugak.. bangkit semula~

    ReplyDelete
  6. hurmmm...harap harimau mengaum kembali pasni..hopefully

    ReplyDelete