(Gambar) Tahniah Farid Kamil & Diana Danielle


Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle
Tahniah!!!

Selamat sudah Diana Danielle bergelar isteri kepada Farid Kamil. Majlis ijabkabul diaorang ni berlangsung lebih kurang pukul 9.12 pagi ( 3 november 2012 ) tadi. 

Biasa tema perkahwinan ala taman ni orang buat untuk majlis kawin kan, tapi pasangan Farid Kamil dan Diana Daniella ni buat akad nikah di perkarangan taman Hotel Flaminggo. Buat pagi tak de la panas kan, even nampak dalam gambar, cahaya matahari macam terik je.

Satu lagi kelainan dalam majlis pernikahan diaorang ni ialah, busana atau baju pengantin yang diaorang pakai. Biasa sebut je akad nikah, orang kita tak lari dari mengenakan baju melayu dan pengantin lelaki pulak waktu ijab kabul akan duduk bersila kan? 

Tapi tuk majlis ijabkabul diaorang ni, memang ada sedikit kelainan. Apa yang lainnya? Biar lah gambar yang berbicara eik...

Gambar Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle
Gambar Majlis Akad Nikah Farid Kamil & Diana Danielle
Pic Credit to Rotikaya


Lain-lain info :
  • Mempelai yang mengenakan busana rekaan Wanpa (Diana Danielle) dan Andy (Farid Kamil) 
  • Mas kahwin perkahwinan ialah RM10,000 dan hantarannya ialah 20,000 nilai emas.
  • Diana Danielle Danny Beeson, 21 yang menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki. 
  • Hantaran pengantin lelaki kepada Diana ialah telekung & Al-Quran, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai & cincin. 
  • Hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh junjung, manisan dan foto album. 
  • Upacara pembatalan air sembahyang telah disertakan dengan sebentuk cincin berlian.
  • Majlis akad nikah itu telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu.
  • Liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle akan bersiaran pada malam ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go.

No comments:

Post a Comment