Hokkaido Milky Loaf , percubaan kali ke dua


First time buat roti jenis bentuk loaf macam ni. Masa first time buat Roti Hokkaido Milky Loaf bulan november tahun lepas, kononnya nak buat bun tapi rupanya dah ala-ala loaf jugak dah. Kalau nak tengok hasil percubaan pertama kali dulu boleh la klik sini.

Kirannya setahun sekali je la buat roti ni, okey la tu kan mungkin sebab ada penggunaan whipping cream tu jadi penyebab selepas setahun baru buat pulak untuk kali yang kedua.

Lagipun boleh tahan jugak harga whipping cream plus memang bukan kaki baking, nak buat apa ada stok whipping cream pulakkan. Ni pun kebetulan je, beli untuk projek baking lain, tapi asyik tertangguh je nak membuatnya, last-last guna untuk buat roti.

Mungkin lepas ni kalau nak buat untuk kali yang ketiga tunggu  november tahun depan pulak kot...Baru la nanti boleh buat entry lain dengan tajuk, sekali setahun je buat roti ni...boleh camtu?

Kalau ada yang berhajat nak me'roti" jugak dan ada stok whipping cream boleh la try resipi Roti Hokkaido Milky Loaf ni. Untuk resipi boleh lihat kat entry roti hokkaido setahun yang lepas ya. Klik je link yang dah diberi di awal perenggan entry ni tadi.

Daaaa!!!!!

3 comments:

  1. nyum!nyum!bagusnya pndai buat roti :)

    ReplyDelete
  2. dah jadik cam kat kedai tuh. boleh bisnes dah ni

    ReplyDelete
  3. alaa..memang kena guna whipping cream eh..mahal la whipping cream..hahaha..

    ReplyDelete