Eh! Produk ni berdaftar ke tak ya?


Sekarang ni makin banyak produk-produk kecantikan berada di pasaran kan?

Tak kira la produk kecantikan untuk kegunaan luaran atau jenis supplement untuk tujuan kecantikan/kesihatan. Jika iklan di FB bermacam-macam produk untuk kecantikan yang kita boleh jumpa. Dari jenama terkenal dan yang biasa kita dengar sampai la kepada produk yang tetiba menjadi "popular" kerana dikatakan amat berkesan.

Testimoni usah cakap la. Pendek kata bila kita baca dan lihat hasil yang diaorang claim kata hasil dari penggunaan sekian-sekian produk, kekadang rasa nak percaya kekadang rasa ragu-ragu juga.

Tapi ada beberapa golongan, bila mereka terlihat iklan produk-produk kecantikan mahupun produk kesihatan ( supplement dan sebagainya ), mereka rasa:


  • Nak cuba juga - terutama bg mereka yg memang tgh tercari-cari produk yang sesuai dgn mereka lepas dah cuba pelbagai produk tapi tak dapat kesan yang diharapkan. 
  • Itu merupakan satu peluang yang baik untuk diaorang berniaga - Sekarang kan dah macam trend produk-produk tu semua ada yang lantik stokis atau agen. Ada juga yang buat konsep dropship. Di satu sudut ianya cukup baik kerana memberi peluang untuk tambah pendapatan.
  • Dengki tak puas hati - mungkin takut pada persaingan dan mula la perang kutuk mengutuk, masing-masing claim produk dialah yang terbaik.
  • was-was - berbagai persoalan yang timbul di fikiran : betul ke produk tu berkesan? Selamat ke? Ada kelulusan ke?

Agak-agak korang dalam golongan yang mana satu?

Tak kira la korang berminat dengan sesuatu produk tu sebab nak cuba sendiri atau nak berniaga, seeloknya kita check dulu serba-serbi tentang produk tu, syarikat yang mengeluar/mengilang/mengimport, kandungan bahan yang digunakan, ada kelulusan KKM/BPFK atau tidak.

Dari pemerhatian, orang kita sekarang dah ada sikap berhati-hati yang agak tinggi. Bila ada satu-satu produk baru yang dipromosikan, diaorang akan persoalkan 3 perkara ini:

  • Status keHALALan 
  • Pendaftaran dengan KKM/BPFK
  • Bahan kandungan yang digunakan

Sebab tu tak pelik sekarang ni, rata-rata penjual akan pamer terus no. pendaftaran produk di FB atau di blogshop masing-masing. Bagi yang masih was-was juga lagi boleh je check nombor pendaftaran tersebut di web BPFK ( Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia)


Korang boleh check samaada menggunakan carian:

  • Product Name
  • Product Registration no.
  • Ragistration holder
  • Active ingredient
  • Manufacturer

Seeloknya check ya, jangan sampai kita terguna atau terpromote produk yang berbahaya. Sebagai flash back, kat bawah ni keratan akhbar tahun 2008 berkaitan produk kecantikan yang disenarai hitam kan:



8 comments:

  1. masalah dengan masyarakat kita adalah menang dengan testimoni semata mata. bila nampak testimoni baik terus teruja. takde nak selidik apa yang digunakan dah..

    saya sendiri guna dan menjual produk kecantikan. tapi dalam bab keselamatan pengguna ni mmg saya sangat ambik tau. maklumla kan. benda nak tepek kat muka. muka bukan nak pakai hari ni je. lagi la yang jenis makan semua tu.

    bukan nak sombong taknak guna produk tempatan. tapi kebanyakannya cuma beli produk luar dan kemudian dilabel atas nama mereka. diorang tak tau pun apa yg pengilang letak dalam produk. ngeri!

    ReplyDelete
  2. Yg saya sedih, bila sesuatu produk tu di sahkan merbahaya, nama produk tu & gambar nya akan di rahsiakan bila berita tentangnya terpampang di dada dada akhbar..Macam mana lah nak inform rakyat tentang isu sebegini, bila nama produk di rahsia kan? Macam tu jugak yg terjadi bila ada restoren di sahkan tak halal/diragui, paper akan sembunyi nama...Akta tertentu di Malaysia ni perlu dipinda demi menjaga hak rakyat

    ReplyDelete
  3. eh takutnya
    tak baik jual produk yg ada kesan jangka masa panjang :(

    ReplyDelete
  4. tgk pada senarai hitam alhamdulillah, tak ada yang saya beli, pakai, guna.

    ReplyDelete
  5. itu lah .. kekadang pengusaha bahan kosmetik ni nak untung cepat aje... so bagi le prodak yang memberi kesan cepat... so pengguna mati pun cepat ..

    ReplyDelete
  6. paling yg sy tengok adelah kelulusan dari moh & status halal. biasanya produk yg cepat sangat bg kesan ni ada bahan kimia yg dicampurkan..sekarang byk sgt bnda2 produk kecantikn yg dijual,. kite x tau status main taram je guna. bahaya

    ReplyDelete
  7. Adakah produk Dermonu Selamat Robinson?

    ReplyDelete
  8. Adakah produk Dermonu selamat digunakan?

    ReplyDelete