Adam dan Hawa Episod 57, 58, 59 & 60


Sedikit sinopsis untuk minggu ke 15 :
"Ain sudah mula menerima Adam Mukhriz dalam hidupnya semenjak Ain betul-betul terkejut dengan perubahan yang dilihat pada Adam. Setelah bertemu Johan untuk menerangkan hal sebenar, Eja bertemu Azie pula untuk misi yang sama."
Babak bahagia Ain dan Am bermula sudah, sebaliknya bagi hubungan Johan dan Azie. Keduanya menghadapi konflik gara-gara ketidak puasan hati Johan terhadap Ain. Mamat rebonding yang dah gaya orang gila talak. Memang dah namanya drama, maka plotnya pun lebih drama dari versi Novel.

Pada saya sedikit mengganggu flow cerita yang memaparkan kebahagiaan antara Am dan Ain yang mula berputik dek kerana diselang seli dengan babak Johan yang kecewa. Apa-apa pun drama ni antara drama adaptasi yang best.


Okey la seperti biasa kalau nak baca sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro ".

Untuk Entry ni hanya sinopsis dan video promo (serta link tonton) bagi minggu ke 15, episod 57, 58, 59 & 60 yang akan di update.


Sinopsis Episod ke 57


(Tonton online Episod 57 : Youtube & Dailymotion) ~ Hubungan Ain dan Am kini sudah berbahagia. Adik Ain memulangkan rantai yang di berikan Johan kepada Azie. Apakah tindakan Azie selepas mengetahui tindakan Johan itu?


Sinopsis Episod ke 58


(Tonton online Episod 58) ~ Kebahagiaan Ain dan Am dicemburui oleh Dee. Adakah Kehadiran Dee ke majlis Am dan Ain akan memburukkan keadaan? Ibu Johan pula telah merisik Azie, apakah kesudahan hubungan Johan dan Azie?


Sinopsis Episod ke 59



(Tonton online Episod 59) ~ Hubungan Am dan Ain kini sudah tahu kesudahannya, bagaimana pula dengan Azie? Adakah Johan masih ingin bersama Azie?


Sinopsis Episod ke 60


(Tonton online Episod 60) ~ Kehadiran Dee di majlis Am dan Ain di ketahui oleh ibu Am. Adakah kehadiran Dee akan memusnahkan hubungan Am dan Ain?


2 comments:

  1. dgrnya episod adam/hawa ni hingga 80...byk tuh
    skrg hati mula sedih kerna tgk citer nilah he..he..

    ReplyDelete
  2. drama yang trbaik prnah aku tgk..

    ReplyDelete