Adam dan Hawa Episod 65, 66, 67 & 68



Sedikit sinopsis untuk minggu ke 17 :

Johan dalam proses membaik pulih hubungannya dengan Azie dan meminta maaf kepada Ain sekeluarga atas kesalahannya. Apa pula yang terjadi kepada Ain sehingga terpaksa ke hospital?

Minggu ke-17, baru masuk bab Ain disahkan hamil. Harapnya kurang la dah sikit cerita bab Johan dan azie.

Termasuk minggu ni, ada lebih kurang 4 minggu  (lebih kurang sebulan) lagi drama ni nak melabuhkan tirainya. Agaknya lepas ni drama apa yang akan menyusul ya?

Okey la Seperti biasa kalau nak baca sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro " . Untuk Entry ni hanya sinopsis dan video promo  bagi minggu ke 17, episod 65, 66, 67 & 68 yang akan di update."

Sinopsis Episod ke 65

Apa yang berlaku kepada Ain semasa ketiadaan Am di sisi? Apa reaksi Ain bila terjumpa gambar Am dan Dee?



Sinopsis Episod ke 66

Azie dan Johan berusaha memperbaiki semula hubungan mereka walaupun ibu Johan seakan tidak percaya sehingga mendakwa Ain telah menghasut mereka berdua. Apakah tidakan mereka selepas ini?


Sinopsis Episod ke 67

Setelah pemeriksaan di klinik, Ain mendapat berita bahawa dirinya telah mengandung 4 minggu! Adakah Ain akan memberitahu Am perkara ini? 


Sinopsis Episod ke 68

Am sudah pulang dari London, tapi dia masih tidak tahu tentang kandungan Ain. Adakah kandungan Ain terselamat?

No comments:

Post a Comment