Adam dan Hawa Episod 69, 70, 71 & 72


Seperti biasa untuk sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro " . Entry ini hanya update video promo dan sinopsis  bagi minggu ke 18 serta sinopsis episod 69, 70, 71 & 72.

Sedikit sinopsis untuk minggu ke 18 :

Am kini berdepan dengan Johan untuk menyelesaikan perhitungannya. Disebabkan masih ada rasa ketidakpuasan dihati Am terhadap Johan, secara tidak sengaja tindakan Am menyebabkan Ain terjatuh. Bagaimanakah nasib kandungan Ain?

Dee pula masih belum berputus asa dan masih berusaha mendekati Am. tindakan bodoh apakah yang diambil oleh Dee kali ini? Adakah Dee sampai sanggup bunuh diri sendiri? Apakah yang akan terjadi selepas ini?


Semakin menghampiri ke episod akhir , ada sesetengah penonton setia drama ini berpuas hati dengan jalan cerita drama ini dan ada juga yang kurang suka dengan jalan cerita yang sedikit lari dari apa yang terdapat dalam novel.

Adakah endingnya juga berlainan untuk versi drama ini?


Sinopsis Episod ke 69

Am agak terkilan apabila lambat mengetahui keadaan sebenar Ain sehingga Ain dimasukkan ke hospital. Apakah yang akan terjadi kepada Ain?


Sinopsis Episod ke 70

Johan memberi amaran pada Am jangan sampai Ain jatuh cinta kembali pada dia. Dee pula sudah tahu yang Ain telah masuk ke hospital. Apakah yang akan Dee lakukan?



Sinopsis Episod ke 71

Dee nak berkahwin? Apakah rancangan Dee sebenarnya?



Sinopsis Episod ke 72

Dee akhirnya berkahwin dengn Muzaffar seperti yang dirancang. Apakah muslihat sebenar Dee berbuat demikian?

No comments:

Post a Comment