Adam dan Hawa Episod 73, 74, 75 & 76


Masuk minggu ke -19 sudah Drama bersiri Adam dan Hawa Bersiaran. Tinggal lebih kurang 8 episod ( termasuk minggu ini) sebelum ianya melabuhkan tirai.

Untuk minggu ke-19 ni, pastinya ramai yang akan makin menyampah dan geram dengan watak Dee. Terutama bila Dee masih belum berputus asa dalam usahanya merosakkan rumah tangga Am dan Ain. Hinggakan Dee sanggup mengucar kacirkan rumah tangganya sendiri dengan mengaku dia mengandungkan anak Am.

Apakah Reaksi Am bila dituduh menyebabkan Dee mengandung? Bagaimana pula dengan Ain?


Mungkin atas dasar nak memanjangkan jalan cerita sehingga cukup 80 episod so, watak Johan (yang dah macam orang gila talak) dan watak Dee di kembangkan. Adat la kan mana ada drama adaptasi yang 100% sama dengan apa yang digambarkan di Novel. Sedikit perkembangan watak atau jalan cerita tu pasti ada, cuma jangan sampai merosakkan hampir keseluruhan cerita. Kalau berbeza sangat dari versi novel baik buat cerita lain terus tak perlu nak adaptasi bagai kan?

Okey la seperti biasa untuk sinopsis episod yang sebelumnya boleh ke entry " Drama Adam dan Hawa di astro " . Entry ini hanya update video promo dan sinopsis  bagi minggu ke 19 serta sinopsis episod 73, 74, 75 & 76.


Sinopsis Episod ke 73

Azie bertunang dengan Johan! Namun Ain tidak dapat hadir melihat saat bahagia mereka.


Sinopsis Episod ke 74

Am dan Ain sudah berpindah ke rumah baru mereka. Begitu juga dengan Dee yang diberikan sebuah rumah oleh Muzaffar. Apakah rancangan Dee selepas ini?



Sinopsis Episod ke 75

Ibu Dee telah tahu yang dia telah mengandung. Siapakah bapa pada kandungan Dee itu? Adakah Am?



Sinopsis Episod ke 76

Keadaan semakin rumit selepas Dee mengandung. Adakah anak itu anak Am? Dan apakah yang mahukan lagi dari Am?


1 comment:

  1. Cpt jew ceta adam n hawa nak abiz kan..hrp2 ada smbungan nanti..x puas lg tgklah

    ReplyDelete