Bila tidur, korang buka atau tutup lampu?


Ada sesetengah orang tak boleh tidur kalau suasana gelap sangat. Paling tidak kena ada cahaya samar-samar tak kira la dari lampu tidur atau cahaya dari lampu jalan. Ada pulak yang langsung tak nyenyak tidur ,walau ada sedikit je cahaya.

Korang pulak camna,tidur dalam gelap atau kena ada juga sedikit cahaya?

Mungkin bagi yang terbiasa tidur dalam keadaan lampu terpasang mungkin kalian boleh pertimbangkan untuk meninggalkan kebiasaan tersebut selepas membaca artikel dibawah ni.


Sebelum tu, untuk makluman kalian, amalan untuk tidak membuka/membiarkan lampu terpasang dalam rumah sewaktu kita tidur merupakan salah satu saranan Nabi SAW.

Dari Abu Salim r.a : Nabi saw bersabda, 
“Kalau kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala dalam rumahmu.”


Artikel yang saya maksudkan tu dari keratan sebuah majalah. Majalah apa tak dapat dipastikan kerana dari sumber yang saya perolehi dia tak sertakan sekali sumbernya dari mana. Jika ada yang mengetahui artikel dibawah ni dari majalah apa , minta beritahu ya...


Secara logiknya, dikatakan bila kita tidur dalam keadaan lampu terpadam atau dalam suasana yang gelap, badan kita akan terasa lebih santai dan tidur akan lebih berkualiti sebab otak kita benar-benar berehat. Sebaliknya jika tidur dalam suasana yang bercahaya even hanya cahaya samar-samar, kualiti tidur akan berkurangan. Ini kerana cahaya tersebut masih dianggap berperanan sebagai perangsang stimulator kerja otak.

Means,dengan adanya sedikit cahaya ( even cahaya samar-samar) otak kita mudah terangsang dan menyebabkan otak bekerja , sekaligus menyebabkan otak tidak dapat berehat.

Sejauh mana kebenarannya kalian eksperimen la sendiri ya. Untuk isu risiko dapat kanser kalau tidur dalam lampu yang bernyala tu, korang kena buat cari gali sendiri la ya untuk cari maklumat tambahan berkaitan hal tu.

Apa-apa pun setiap sunnah tu pasti ada suatu hikmah disebaliknya kan?

8 comments:

  1. Betul..semua sunnah yg baginda SAW sarankan tu, pasti ada hikmah nya, dan sains telah buktikan...byk sunnah2 baginda seperti cara makan, cara jalan..semua sains dah buktikan..

    Saya kalau tido, mmg kena gelap habis..hihih

    ReplyDelete
  2. saya memang dari kecik tido dalam gelap. dan dpt hubby pun sama :) so anak pun dah biasa tido dalam gelap.

    ReplyDelete
  3. Hebatlah blog awak ni ... saya nak buat blog ginilah tapi tak pandai huhuhuhu. boleh tak ajar saya? add la saya d FB jelita hani (tudung oren)

    ReplyDelete
  4. klau difikirkan mmg bahaya tido lampu pasang....
    tapi kerna anak kecil takut bergelap, tak bole tidak..kena pasang
    tapi yang hairan lampu tido kat umah tu..rasanya hampir 11 thn tak pernah tukar mentol..ya ke ha...rasanya ya..

    ReplyDelete
  5. Ak tido mesti kn ttp lampu..klu x tk tido punya

    ReplyDelete
  6. hehe..eh, suami akak komen kat atas ni ek?

    amie x bleh pulak bergelap sgt kak. sebab ada anak kecik ni paling tidak kena samar2. samar2 pun ckup kalau gelap sangat tak nampak anak yg tidur melasak ni dah sampai ke dapur!

    ReplyDelete
  7. info yang bagus. saya tak kisah dua2 boleh. tapi totally memang akan tutup lampu

    ReplyDelete
  8. saya mmg kena gelap habis..kalau tak tutup, bila bangun rasa sakit kepala..

    ReplyDelete