Buku Panduan bagi bakal ibu ; merangkumi pra-kehamilan hingga anak berumur 2 tahun


Salah satu komen dalam entry "Panduan untuk ibu muda".

"Bagus kalau ada panduan begini utk ibu ibu baru.. dulu masa anak 1st semuanya pakai try n error..tak tau google..sampai bila aqil makan kertas dulu kami check google nak tau perlu bawak jumpa doktor ke tidak..hahaha.."

Mungkin ramai diantara kita yang juga mempunyai pengalaman lebih kurang kan? Yang mana bila dikenang kembali saat masa awal-awal bergelar ibu  boleh membuatkan kita nak tergelak.

Atau mungkin ada yang sewaktu mengandung lagi dah mencari pelbagai info, tidak kira samaada membeli majalah/buku berkaitan kehamilan dan kelahiran,  paling tidak pun bertanya pengalaman orang terdekat. Dan di zaman maklumat dihujung jari sekarang ni,  setiap kali berhadapan dengan situasi tertentu pasti ada yang google atau pun ajukan permasalahan di FB kan?



Ala biasa la kan, dah namanya pun baru bergelar ibu. Pengalaman tiada. Even yang dah ada anak 3 atau yang memang kerjanya mengasuh bayi pun belum tentu punya banyak pengalaman. Masih banyak yang perkara yang kita tak tahu dan kita akan berhadapan dengan pengalaman yang berbeza-beza dalam membesarkan setiap anak.

Bagi yang bakal bergelar ibu dan tercari-cari buku panduan kehamilan dan kelahiran yang lengkap bermula dari persediaan menghadapi kehamilan , kelahiran dan sehingga anak berumur 2 tahun, mungkin buku panduan menimang si manja dibawah ini sesuai untuk anda.

Buku Panduan dan petua mudah yang merangkumi pra-kehamilan hingga anak berumur 2 tahun bagi bakal ibu bapa






1 comment:

  1. panduan bergambar yang berwarna-warni, menarik hati nak baca, macam kanak2 juga

    ReplyDelete