Cinta Qaseh di Slot Lestary TV3

Drama terbaru yang akan mengisi slot Lestary ( Setiap selasa, pukul 9.00 malam) di TV3.

Drama Bersiri Cinta Qaseh

Drama 13 episod terbitan Neon Entertainment Sdn Bhd , hasil arahan Feroz Kader ini secara ringkasnya berkisar kisah pergolakan cinta 3 segi antara Arash, Qaseh dan Wahyu.

Antara peneraju utama yang menjayakan Drama Cinta Qaseh ialah AdiPutra. Shahz Jaszlel, Wawa Zainal & ElFaeza Ul Haq. OST Cinta Qaseh bertajuk "CINTA KASIH" merupakan karya komposer Nurzaidi Abd Rahman.dan dinyanyikan oleh Mila Jirin dan juga Nubhan AF.

Sinopsis Cinta qaseh

Cinta qaseh ini mengisahkan tentang perjuangan cinta tiga segi diantara Arash, Qaseh dan Wahyu.

Arash dan Qaseh bertemu di Taj Mahal ketika masing-masing masih bergelar pelajar dan terpaksa berpisah sebelum sempat meluahkan perasaan. Setahun kemudian, Arash telah terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital. 

Sekali lagi, takdir telah menemukan mereka berdua. Kali ini Arash sebagai pesakit yang sedang koma dan Qaseh sebagai doktor pelatih. Qaseh yang pada waktu itu telah bertunang dengan Wahyu mula terkenang akan perasaannya terhadap Arash. Namun sebagai doktor, Qaseh tahu dia perlu bersikap profesional. 

Sejurus selepas lafaz nikah diantara Wahyu dan Qaseh diakadkan, Arash mula sedar dari koma. Di hospital, Arash dan Qaseh mula rapat dan keakraban mereka dapat dihidu oleh suami Qaseh iaitu Wahyu. Disinilah bermulanya pergolakan cinta tiga segi diantara mereka yang membawa mereka semula ke Taj Mahal, Agra India.

Sinopsis Episod 1

Bermula di Taj Mahal, India, Arash, seorang pelajar jurusan fotografi telah jatuh cinta pandang pertama terhadap Qaseh (Pelajar perubatan) ketika sedang asyik merakam gambar. 


Sinopsis Episod 2

Arash berjaya mengejar dan mendapatkan beg dari peragut serta menyerahkan semula kepada Qaseh.


Sinopsis Episod 3

Arash dan Airin terkejut melihat Qaseh yang terjatuh. Arash menawarkan diri untuk membantu namun ditepis oleh Airin. Airin cemburu dan tidak mahu Arash membantu Qaseh.



Sinopsis Episod 4

Arash menangisi pemergian ayahnya dan merasa menyesal kerana tidak sempat pulang lebih awal.



Sinopsis Episod 5

Qaseh dan daila masing masing merupakan pelatih di hospital kerajaan. Walaupun Qaseh agak keberatan untuk bertunang namun demi menjaga hubungan baik keluarganya denga keluarga Wahyu, Dia terpaksa akur. Setelah selamat menjadi tunangan orang, Qaseh memulakan tugas sebagai pelatih seperti biasa.




Sinopsis Episod 6

Dalia beredar dari bilik tersebut. Hatinya marah tapi disimpan saja rasa tersebut dan perasaan dendamnya terhadap Qaseh semakin membuak - buak.

1 comment :

Ad