Drama Setia Hujung Nyawa, adaptasi Novel jugak!


*Update  Episod 1-4, Episod 5-8, Episod 9-12, Episod 13-16Episod 17 - 20 , Episod 21 - 24Episod 25 - 28 (akhir)

La ni tengah hot bersiaran drama adaptasi dari Novel iaitu Drama Adam dan Hawa di astro. Even tempoh tayangan bagi drama ni agak lama ( 20 minggu bagi 80 episod) tapi rata-rata penonton yang mengikuti drama ni berpuas hati.

Lepas satu persatu drama adaptasi mendapat feedback positif dari penonton, makanya makin berderet-deret la drama yang di adaptasi dari Novel. Mungkin bagi pembaca tegar novel atau mereka-mereka yang suka dengan sesebuah karya novel, ini la masanya apa yang hanya dibaca dapat ditonton pula.

Mungkin juga ada sesetengah pembaca, tatkala membaca satu-satu novel tertentu, turut sama membayangkan pelakon yang sesuai membawakan watak hero dan heroin kan?

Untuk Novel Setia Hujung Nyawa yang  sedang menjalani penggambaran, antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Ryzal Jaafar, Nelydia Senrose, Hairul Azreen dan Amar Asyraf. Drama 28 episod ini nanti bakal bersiaran di slot akasia TV3. Tarikh rasmi bila ianya akan mula bersiaran akan di update kemudian ya.

Bagi yang tak pernah membaca novel yang mempunyai 480 halaman ini, mungkin sinopsis dibawah dapat memberikan gambaran jalan cerita untuk drama Setia Hujung Nyawa ni. Atau mungkin juga setelah membaca sinopsis dibawah ada yang berhajat untuk memiliki novel berharga RM 19.90 ini pula sebagai koleksi peribadi mungkin.

Sinopsis Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari?

Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. 

Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. 

Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.

Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.

Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. 

Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.

Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.  Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina. 

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. 

Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya. 

Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.

Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. 

Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. 

“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi

“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending! 

47 comments:

  1. macam best jer ni, x sbar nak tengok cerita ni :)

    ReplyDelete
  2. Dari satu segi, adaptasi novel ni memudahkan/menguntungkan si penerbit kerana:

    - tak perlu terlalu sukar nak hire tukang tulis skrip/jalan cerita, ikut aja jalan cerita asal dlm novel, mungkin ubah apa yg perlu sahaja

    - bakal peminat sudah ada, yg terdiri dari pembaca novel itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. cerita ini pasti meletup punya..

    ReplyDelete
  4. best jugak nk g cr la novel ni..hehe

    ReplyDelete
  5. xsabar nk tengok..mesti gempak habis..

    ReplyDelete
  6. HEPI ENDING..ay yayy yayy!! senyum sorang2 woo tgk citer ni..

    ReplyDelete
  7. Ow..macam tu citernya..dah tau ending..hehe Thanks

    ReplyDelete
  8. alamak...tau ending die dh...hehehehe

    ReplyDelete
  9. hikhikhik...
    heppy ending...??
    best nye....

    ReplyDelete
  10. suke la tgk dorang berdua nie...
    macm secocok je law dorang kapel betul2....

    ReplyDelete
  11. Tq bgtau ending dy...xla bedebar2 sgt tggu

    ReplyDelete
  12. xsabar nak tggu pukul 7pm..hehe

    ReplyDelete
  13. lalala ... best gler laa cte ni ... hehe ...

    ReplyDelete
  14. ersalina mengandung anak siapa?

    ReplyDelete
  15. ersalina mengandung anak siapa?

    ReplyDelete
  16. walau dah tau citernya...tetap ku shut off balik cepat....layannn

    ReplyDelete
  17. ni la cerita zaman sekarang, terlanjur masa muda seolah2 takde ape2 je..last2 happy ending..

    ReplyDelete
  18. wlu apa dosa manusia dgn Allah, biar Allah yg mbalasnya...bkn hak manusia utk mghukum manusia yg lain atas dosanya dgn Allah..

    ReplyDelete
  19. t'kasih anamirza usaha yg bagus...akak suka tengok cerita ni tapi ia bersiaran pd jam 7mlm.akak dah ada anak dan suami jadi xdapat tengok le jwpnya.nak tengok dalam tonton banyak sangat songelnya kena ada emillah usenamelah...akak jumpa cerita ni dlm blog anamirza seronoknya akak boleh tonton bila-bila masa.just buka aja blog...t.kasih banyak-banyak dik...

    ReplyDelete
  20. double w0w..happy ending :D yeyeye tq2

    ReplyDelete
  21. Tq dear.. Lega dpt tau details citer ni..hihi

    ReplyDelete
  22. cerita ni memang di nanti2,tpi bila msuk kolej.dh x blh tgok..rasa mcm trcari2 nk thu cte nye..last2 jmpe gak blog awk ni..dpt la sya thu ending story nye ni..thanks alot dear. ^_^

    ReplyDelete
  23. terbaek~ betul2 tak la ternanti sgt ending die sbb happy ending hehe

    ReplyDelete
  24. Cerita ni best tp x sesuai

    ReplyDelete
  25. Jln cite mmg best tp skripnya...adoiyai....sakit hati n kelakar den menengoknye...hehe
    Sometimes rs cm tk logic pn Ada gak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous ape yg x logic nye.....cte ni mmg bestkn

      Delete
  26. salam,
    thanks for da entry ya :)
    akhirnye, tau gak jln cter penuh drama/novel ni. sblm keluar dh ingt nk cari novel nyer, tp bl dh smpi umah smula br ingt yg novel nyer x d cari pun. hehe. nway lpas ni leh la relax jer, nk tgu ep final jer. leh x gtu?.. hehehe

    ReplyDelete
  27. best gilerr aaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  28. yeyyy..da tau endingnya..

    ReplyDelete
  29. tak sabar nak tengokk cerita ni kat tv

    ReplyDelete
  30. best cerita ni .rugi x tgk

    ReplyDelete
  31. wah x sabar nk tgok cite nie abis,,hehhe

    ReplyDelete
  32. wah x sabar nk tgok cite nie abis,,hehhe

    ReplyDelete
  33. Cite ni memang fantastic giler.. menyentoh hati, dan L dgn Zain tu memang pandai bawak watak mereka. Buat kite semua tunggu hari2 nak tengok lagi dan lagi.....

    ReplyDelete
  34. Best nye cerita ni...hehe tak sabar nak tunggu episode yang akan main di tv...!!!
    Sweet betul Zain dan L...;)
    Lagi pun kisah Setia Hujung Nyawa...ada sakit hati...cemburu...romantic dan yang paling kelakar...hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang paling best kelakar....hehe :)

      Delete