Gempa bumi di Malaysia?


Tak mustahil satu hari nanti Malaysia di landa gempa bumi berskala sederhana kan?

Apa sahaja boleh berlaku dengan izin dan kehendak Allah SWT.

Dulu masa sekolah kita diajar yang Malaysia tidak mungkin akan dilanda gempa sebab, negara kita terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik. Tapi sejak kebelakangan ni bila saja negara jiran kita mengalami gempa bumi pada skala yang kuat, kita yang berada di Semenanjung Malaysia ni pun turut sama terasa gegarannya. Terutama bagi mereka-mereka yang duduk dan berada di bangunan yang tinggi-tinggi.


Malah beberapa tahun lepas, heboh tentang beberapa gegeran kecil yang berlaku di Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang. Tapi waktu tu hanya berlaku gegaran lemah berskala 2.0 hingga 3.5 sahaja yang berlaku. Dengan gegaran berskala kecil sebegitu tiada kerosakan yang dilaporkan.

Tapi jika benar ramalan hasil kajian dari ahli geologi Malaysia yang menyatakan bahawa berkemungkinan Malaysia bakal mengalami gempa bumi berskala sederhana ( 6.0 skala Ritcher) di masa hadapan, agaknya :
  • Cukup bersediakah kita untuk berhadapan dengan bencana alam tersebut?
  • Cukup kuatkah bangunan yang dibina di Malaysia ? 

  • Bagaimana pula dengan pasukan penyelamat kita, cukup persediaankah mereka?

Ikutkan gegaran pada tahap sebegitu cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda...

Harapnya dengan adanya laporan hasil kajian tersebut, negara kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan walaupun ramalan tersebut hanya diramal akan berlaku di beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukan di seluruh negara.

Sumber : Utusan

1 comment:

  1. kemungkinan tu memang ada. kerana pergerakan kerak bumi terus berjalan selagi dunia belum berakhir. dan semakin menghampiri kawasan lingkaran, wallahualam

    ReplyDelete