Halal ke tak minyak untuk kembung perut ni?


Semalam di FB agak heboh pasal sebaran di sebelah ni.

Sebaran tentang dakwaan yang mengatakan minyak yang agak " popular' dikalangan ibu-ibu untuk melegakan kembung perut bayi ada unsur dari sumber yang haram. 

Actually status halal produk ni dah lama dipertikaikan. Tapi masih ramai juga yang menggunakannya atas sebab:
  • Minyak ni dikatakan agak berkesan untuk melegakan kembung dan ketidak selesaan di perut.
  • Iklan dimerata-rata tempat, sehinggakan ada yang beranggapan bila dah ada iklan di TV tu boleh la guna.
  • Ramai yang guna, so kira tak berapa nak kisah dah bab halal atau haram.
Sebagai makluman Syarikat yang mengeluarkan produk tersebut tidak pernah memohon sijil Halal. Produk tersebut hanya mendapat kelulusan dari KKM, dan menurut sumber, kandungan produk ini hanya terdiri dari herba-herba terpilih sahaja dan tiada bahan meragukan mahupun sumber dari haiwan. 

So, bila tiada permohonan sijil halal makanya tiada la pengesahan halal dari JAKIM. Perlu diingat tak semua produk yang tiada sijil HALAL sewenang-wenangnya kita boleh cop produk tu sebagai HARAM. 

Satu lagi yang perlu kita tahu, tidak diwajibkan pun semua syarikat memohon sijil halal. Pihak JAKIM hanya akan menyiasat dan mengkaji status kehalalan sesuatu produk jika syarikat itu sendiri yang memohon untuk mendapatkan sijil halal.

Manakala dakwaan yang mengatakan produk tersebut ada unsur dari khinzir adalah bersifat tidak kukuh kerana tiada sebarang pembuktian yang nyata, hanya dakwaan dari tokey sinse semata-mata.

TAPI

Sebagai seorang muslim kita dah diajarkan untuk meninggalkan atau menjauhi perkara-perkara yang dirasakan was-was.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu
Hadith ini Hadith Hasan soheh yang bermakna: “Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu”.

Lagipun berlambak lagi minyak yang mampu melegakan rasa ketidak selesaan dan masalah kembung perut bayi ada di pasaran. Pilih je produk yang korang betul-betul yakin, tak pun cari je yang ada sijil halal , boleh guna tanpa was-was kan???

8 comments:

  1. kalau was was baik elakkan je.. bau mmg wangi minyak yu yi ni..tapi dulu pun ada dengar khabar angin kata ada minyak babi.. last nya saya pakai minyak baby tropical herbs.. bau sedap.. jarang kembung jugak..dan dah pasti halal..

    ReplyDelete
  2. betul betul..setuju sgt2 dgn entri ni..kalau was2 jgn pakai
    senang citer..skrg pakai yg biasa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk nak elakkan dari rasa was-was, jangan fikirkan yg negatif. Anggap minyak tersebut sebagai suci dan halal.Lagipun tidak ada statement yang menyokong dakwaan orang yang membawa berita ini yang kononnya diberitahu oleh Senseh di kedai ubat itu...

      Ada juga benda lain yang tertulis halal, tapi kalau hati itu memang jenis was-was tetap timbul was-was...

      Delete
  3. ada ke minyak ubat ada sijil halal? even gamat pun x der kan sijil halal kan?

    ReplyDelete
  4. dah lama sangat guna minyak ni. em..

    ReplyDelete
  5. semenjak tiada anak kecil minyak ni dah tak beli...
    kalau anak sakit perut kongsi minyak angin mama....
    macam2 skrg...takutnya

    ReplyDelete
  6. Tak perlu guna apa apa minyak kalau perut kembung, ini pandangan saya.
    Saya ada dua org anak, dan memang tak pernah sapu apa apa minyak.

    Kembung perut di panggil COLIC, maka kalau betul2 kembung, ubat utk buang angin tu diberi, eg Collimix. Dan yg paling penting, kenal pasti punca kembung tu...susu formula kah sebabnya? atau kurang fiber dalam diet..atau purely sebab baby telan angin masa menyusu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk nak elakkan dari rasa was-was, jangan fikirkan yg negatif. Anggap minyak tersebut sebagai suci dan halal.Lagipun tidak ada statement yang menyokong dakwaan orang yang membawa berita ini yang kononnya diberitahu oleh Senseh di kedai ubat itu...

      Ada juga benda lain yang tertulis halal, tapi kalau hati itu memang jenis was-was tetap timbul was-was...

      Delete