Kisah Cik was-was yang banyak bertanya


Sekadar berkongsi cerita santai di hari jumaat...hasil nukilan sendiri, so dialog atau cerita di bawah tiada kaitan samaada dengan yang hidup, yang mati dan bukan juga pengalaman owner blog ya.

Kisah yang ingin dipersembahkan ini ialah kisah Cik was-was dengan owner kedai menjual bahan-bahan bakeri .

Pada suatu petang yang mendung, Cik was-was masuk ke sebuah kedai menjual bahan-bahan bakeri milik 'orang melayu kita" kerana ingin membeli bahan-bahan membuat kek. Tat kala terpandang sahaja deretan bahan-bahan yang dipamerkan di atas rak kedai tersebut, timbul rasa ragu-ragu dihati cik was-was lantas bertanya la cik was-was kepada owner kedai tersebut.

Cik was was : Akak, ovallate, shortening, cream of tar tar, pewarna , perisa dan filling ni halal tak kak?

Owner kedai : tu kan dah ada tertulis kat situ halal, so halal la.

Cik was-was : Tapi ni bukan logo halal JAKIM , akak repacking, pastu akak tampal sendiri label dan logo ni semua ke?

Owner kedai : #*%#@ ! bukan akak yang buat semua tu. akak beli dari tokey kedai pengedar bahan bakeri je la....

Cik was-was : Akak memang yakin ke barang-barang ni semua halal? 

Owner kedai : Dah tokey kedai pengedar bahan bakeri tu cakap halal, akak beli ler...yang kamu nak banyak soal ni kenapa? datang ni nak beli barang ke nak menyiasat? ke kamu ni dari JAKIM?

Cik was-was : Tak la kak, saya datang ni memang nak membeli, tapi bila tengok packaging cap ayam camni rasa kurang yakin pulak. Macam cream of tar tar ni, dah la tak de nama keluaran syarikat mana, macam mana saya nak yakin ianya halal. 

Owner kedai : Perlu ke kamu nak tahu bahan ni semua keluaran syarikat mana? Kamu tahu ke keluaran syarikat mana yang halal yang mana tidak? Satu lagi Tak cukup ke dengan tulisan halal camtu? 

Cik was-was : Saya ni bukan apa kak, cuma berhati-hati je. Paling tidak jika ada tertulis keluaran syarikat mana, saya boleh check sendiri kat directori halal JAKIM , Lagi cantik kalau akak sendiri boleh provide bukti bahan ni semua memang ada sijil halal dari JAKIM atau sijil halal dari badan-badan lain yang diktiraf oleh JAKIM.

Owner kedai :
Kalau dah camtu kenapa kamu tak cari je kat tempat lain, beli yang packaging asal dari pengeluar, ni tidak yang repackaging ni jugak yang kamu nak cari.

Cik was-was : akak ni, sy cari yang repacking camni sebab nak beli dalam kuantiti sikit je. Nak buat kek tuk makan sendiri je, tu pun bukan rajin mana sangat nak membakingnya, sebulan sekali je pun kak. Lagipun ada sesetengah dari bahan-bahan ni susah nak jumpa dalam bungkusan/botol kecil. Akak memang tak tahu ke bahan ni keluaran syarikat apa?

Owner kedai : Tak de la pulak akak check keluaran syarikat apa, ada sijil halal ke tidak, dah tokey tu kata bahan ni semua halal akak pun beli je la..

Cik was-was : Bunyinya macam akak tak yakin je.. apa kata lepas ni akak tanya tokey kedai tu betul-betul. Tak pun akak buat sendiri je repacking ni semua..paling tidak bila customer tanya akak boleh jawab dengan yakin status kehalalan bahan-bahan ni semua.

Owner kedai : Susah la dik, jadi makin banyak kerja pulak, gini la nanti akak tanya kat tokey tu semula sekali dengan minta salinan pengesahan sijil halal untuk bahan-bahan ni semua. adik datang lain kali la ya...

Cik was-was : Ya la kak, tapi kalau memang bahan-bahan ni semua tak halal, akak pertimbangkan la cadangan saya tadi ya.

Owner kedai :........... ( sekadar mengangguk )

So dari cerita tersebut, adakah wujud:
  • Manusia seperti cik was-was yang ringan mulut untuk bertanya status sesuatu barang yang diragui - kalau korang kan bila terjumpa barangan jenis repackaging begitu , korang akan bertanya seperti cik was-was atau korang sama macam saya angkat kaki cari kedai lain yang barangannya lebih menyakinkan.

6 comments:

  1. biasanya saya jarang beli barang kat bakeri.. melainkan barang macam almond nibs ke yg mmg sahih2 kat pasaraya mahal..hehehe..kalau cream of tartar ke shortening bagai yg jenis repacking tu baik tanya..risau jugak kan..

    ReplyDelete
  2. mmg kadang2 kurang diyakini sikit...tu yang kadang malas nak buat kek sendiri...resepi bahan pelik2..bila pergi kedai kek..semuanya re-packing..was was je nak membelinya

    ReplyDelete
  3. jarang buat kek hehe..tapi kalau terjadi mcm ni, biasanya saya tak beli. Saya akan cari kedai lain pula...

    ReplyDelete
  4. emm buat saya terfikir,adakah saya akan buat perkara sama @ todak kalau sy jd cik was was

    ReplyDelete
  5. mmg bagus jadik cik was-was tuh.. kekeke..

    ReplyDelete