Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia di adaptasi ke drama


Dalam pengumuman  sebahagian daripada program menarik yang bakal bersiaran di TV3 bagi tahun 2013 nanti, salah satu drama yang diumumkan bakal ditayangkan ialah drama adaptasi dari novel " Sebenarnya Saya Isteri Dia ".

Dah jadi trend drama adaptasi pulak sekarang ni, lepas satu-satu novel yang diangkat menjadi drama/filem. Bagi peminat satu-satu Novel tu, pasti mengharapkan jalan cerita versi drama tak lari jauh dari versi Novel. Jika ada perubahan pun, biarlah perubahan tersebut mampu menjadikan jalan cerita semakin menarik, flow cerita tak lari jauh dan pelakon yang dipilih juga kena dengan watak seperti yang digambarkan dalam novel.

Untuk makluman Novel  " Sebenarnya Saya Isteri Dia " mula disiarkan secara online diblog milik penulis novel terlebih dahulu sebelum di publish di web penulis2u (bab 1 - bab 21). Kemudian cerita yang asalnya bertajuk " i'm his wife! " telah di Novelkan dengan tajuk " Sebenarnya Saya Isteri Dia ".


Novel yang diterbitkan di bawah Terbitan Karya Seni ini mula dijual pada 13 mac 2012 dijual pada harga RM 30. Harga yang cukup berbaloi bagi Novel yang mempunyai 897 muka surat kan?

Sinopsis Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia boleh baca di bawah:

Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad .  Bermula dari satu perangkap   yang dirancang oleh Raimy dan Raina, kisah cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang dipupuk sejak zaman universiti tidak kesampaian.  Benarlah kata orang, cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada hubungan Syafa dan Farish, Farish bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Syafa lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka.

Sewaktu menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad. Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Farish yang terlewat sampai ke majlis tersebut terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. 

Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah bila diminta untuk bernikah dengan Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya.  Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Pada hari pernikahan Firash dan Syafa, Farish meninggal dunia. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina, yang mana masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.). 

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati. 

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


4 comments:

  1. Tuan blog..info salah tu...novel sebenarnya saya isteri dia bukan dari tajuk aku perempuan itu...tajuk asalnya actually i'm his wife!...btw tq sudi promote :)

    -zura asyfar-

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh, novelis sndri pn ade kat sni laa...ahaha

      Delete
  2. haa.. im his wife .. dah 2 x bc novel ni.. hepy ending ! akhirnye dye bsama dgn husband dye jgk.. :) mmg best !! tambah lg ms percutian di pantai.. and terharu dgn sikap firash wlwpn xtnjukkan ksih syg n msih study. dye xpnh lpekan nafkah zahir pd wifenye.. ehem2!! skenye .. xsbr nk tgk

    ReplyDelete
  3. Kesiannnya Farish... I'm really looking forward to this drama.. It seem very nice

    ReplyDelete