Novel Suami Aku Ustaz bakal Difilemkan

Jika dalam Drama Sehangat Asmara dan Telemovie Jauh, Adi Putra hanya terlibat sebagai pelakon utama sahaja, tapi tidak bagi Filem adaptasi dari Novel Suami Aku Ustaz ni.

Melalui Syarikatnya sendiri iaitu Nur ADP Sdn Bhd, Adi Putra akan terlibat secara langsung dalam menerbitkan filem adaptasi tersebut. Bahkan untuk filem itu juga, dia akan turut sama berlakon sebagai watak utama ( Ustaz Hafiz).

Buat masa ini projek Filem adaptasi Novel Suami Aku Ustaz ini masih dalam proses membina skrip.

Sebagai makluman, Novel Suami aku Ustaz karya Hannah Dhaniyah terbitan KaryaSeni ini pernah menjadi Novel BestSeller di MPH dan juga di POPULAR , pada pertengahan tahun 2012 yang lalu.


Mungkin bagi yang ingin memiliki novel ini dan mahu mengetahui serba sedikit jalan cerita novel ini terlebih dahulu, boleh baca di blog penulis Novel ini di link http://aku-dia-1911.blogspot.com atau di web penulis2u.

Tema Novel ni simple sahaja, kisah pelajar berusia 17 tahun yang secara paksa rela berkahwin dengan Ustaz Sekolahnya sendiri. Ikutkan tema kisah anak murid berkahwin dengan cikgunya sendiri , dah biasa ditonton, baik sinetron indonesia mahupun korea. Cuma cara pendekatannya sahaja yang berbeza. Nak tahu apa kelainannya kena baca novel ini sendiri.

Sinopsis Ringkas Suami Aku Ustaz


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

‘Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.’

Yang menjadi masalah buat Alisa adalah, apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah sampai hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

‘Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab dia masih belum berpunya lagi. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ kalau kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa iya, tak? Aduh! Tidak pasal-pasal dia menjadi kepunyaan aku pula.’

Macam mana agaknya apabila Alisa yang perangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang mesti hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehingga besar?

‘Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.’

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Bagaimana pula suaminya hendak mendidik dia menjadi muslimah yang cerdik? Dan bolehkah dia terus hidup dengan penuh terdidik?

“Hai kamu ni, Alisa. Leka! Baru sehari Hafiz tak ada, dah jadi bukan-bukan. Agaknya kalau mak dengan ayah tinggalkan kamu seorang, macam manalah gayanya?”

11 comments :

  1. macam menarik jalan ceritanya. tapi bukan peminat tegar adi putra :p

    ReplyDelete
  2. saya ok jugak tengok adi putra berlakon..tapi dia ada macam bajet sikit.. bajet apa tak reti la nak kata..tapi ada masa rasa macam kurang naturale lakonannya.. (banyak cengkadak :P)

    ReplyDelete
  3. baru separuh jalan cerita buku ni kita dah baca...mmg best!!! tapi bila nak adaptasikan dlm filem,sang heronya mcm tak kena je dgn watak hero dlm cerita ni.. kalu bole watak ustaz hafiz ni seorg laki yg muda.baru lps grad,tampak kemas n bersih je muka orgnya..adi putra mcm tak ngam je bwk watak ni.huhuhuh..sori..bukan nak demand.cuma nak watak2 dri novel kalau boleh cari yg seumpama dgnnya.. peace!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kalau boleh carilah hero lain selain adi putra. contoh, ashraf muslim yang paling sesuai bagi saya. just cadangan, adiputr pun tkpe actually . hehe :)

      Delete
    2. saya pun setuju sangat2.. bagi saya, ustaz hafiz perlu kelihatan seperti ada campuran cina kerana ada ditulis dalam novel.. #no offense :)

      Delete
    3. ye saya pun dh baca novel ni mmg ustaz hafiz ada kacukan cina kan...apa2 pun novel ni mmg best... harap2 heroin dia ixara aishah... nakal2 sikit hehehe

      Delete
    4. gosh!kalo ashraf muslim yang bawak watak ustaz hafiz tu memang sesuai sangat!Muke di pon memang nampak macam ustaz..

      Delete
  4. betul tu betul,rasa macam x sesuai Adiputra amik watak Ustaz Hafiz tu...tpi kisah..rasa nya kalau adaptasi dari novel mesti ceritanya cam kurang gempak..biasalah kalau novel boleh berangan watak tu muka cam mane..hehe :)

    ReplyDelete
  5. Boleh tak saya nk neelofa pegang watak lisa tu plissssss.... saya asyik terbayangkan wajah n karakter dia je masa baca novel ni....

    ReplyDelete
  6. Kisah dalam novel suami aku ustaz ni memang menarik...bukan sahaja kisah percintaan kosong semata2, tapi penuh dengan penghayatan islamik..banyak pengajaran dan sangat ilmiah yang boleh dimanfaatkan...jika difilemkan lagi bagus..jarang jalan cerita seperti ni difilemkan..ada kelainan cket..pasti menarik..saya lah orang x sabar2 untuk menontonnya..hihi...watak adiputra as ustaz hafiz tu bg saya memang sesuai..sesuai dengan adiputra yang berperwatakan lelaki matang dan cool je..:)

    ReplyDelete
  7. dah baca novel ni and im looking forward fir this . mmg best la watak adi putra as ustaz tu , dia agak sinis ;D btw bila eh dia ditayangkan ?

    ReplyDelete

Ad