Panduan untuk ibu muda


Ibu yang baik lantainya melekit, cucian bertimbun & anak-anaknya ceria…
– Sumber tidak diketahui

Betul ke? 

Mungkin ada kebenarannya kot. Terutama bagi ibu yang bekerjaya yang mana masanya agak terhad. Balik rumah masa lebih ditumpukan melayan kerenah anak-anak dan menyediakan makanan. Lain-lain tugasan jika berkesempatan baru dibuat.

“Membesarkan anak separuh seronok dan separuh lagi perang gerila.”
– Ed Asner

Sememangnya memegang title ibu menjadikan kita kenal erti sabar dan tabah, sabar dengan kerenah anak yang pelbagai, juga sabar dan tabah dengan pelbagai dugaan - anak sakit, kurang rehat, dan sebagainya.
Mungkin bagi yang bakal atau baru bergelar ibu, ada yang tercari-cari panduan dan petua untuk menghadapi sebarang cabaran atau kemungkinan dalam membesarkan anak. So mungkin e-book " Doktor Mama" panduan ringkas dari Dr. Yong Junina Fadzil (Pakar Pediatrik) ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan kalian.

Secara ringkasnya, E-book Doktor Mama ini menyentuh secara umum isu berkaitan:
  • Panduan menangani bayi menangis, punca bayi menangis ( bagi bayi 0 - 6 bulan & 6 bulan ke atas)
  • Tidur bagi si ibu dan anak
  • Penjagaan & keselesaan lainnya ( mandi, tukar lampin, ruam lampin dan panduan pakaian si manja)
  • Panduan menghadapi anak yang sakit ( demam, perut berkeroncong, kembung perut, sembelit , hidung berhingus)
  • Mengatasi rasa takut dan bimbiang yang dirasai oleh si kecil ( takut berpisah, takut dengan orang luar/tidak dikenali) 
Bagi yang ingin memiliki e-book Doktor mama boleh download di laman web:


Moga bermanfaat!!!!!

3 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian. boleh praktikkan...

    ReplyDelete
  2. bagus kalau ada panduan begini utk ibu ibu baru.. dulu masa anak 1st semuanya pakai try n error..tak tau google..sampai bila aqil makan kertas dulu kami check google nak tau perlu bawak jumpa doktor ke tidak..hahaha..

    ReplyDelete
  3. Bagus sgt2 pnduan ni...nnti sila la ke blog sy,kita sama2 kongsi pndapat...www.mysufisecret.blogspot.com

    ReplyDelete