Ruby di slot Samarinda TV3


Drama yang bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula 2 Januari 2013.

Ruby

Drama terbitan MIG Production ini akan bersiaran selama sejam, bermula pukul 10 malam setiap hari selasa, rabu dan khamis.

Antara pelakon yang menjayakan Drama Bersiri Ruby ini ialah Siti Saleha (Syuhara) , Shaarnaz Ahmad (Benjamin), Shukri Yahya, Hanez Suraya (Nadia), Adey Syafrien, Shima Anuar (Diana), Atikah Suhaimi (Anis), Kartina Aziz (Nek Mariam) dan Maria Farida (Datin Afifah).

Secara ringkasnya Drama Bersiri Ruby ini mengisahkan pergolakan dalam dunia korporat serta kisah percintaan 3 segi antara Benjamin, Syuhara dan Nadia.

Sinopsis Drama Ruby

Episod 1

Walaupun menghadapi masalah kewangan, Syuhara nekad hendak meraikan hari jadi kawan baiknya, Anis dan sanggup membeli kek kesukaannya itu.


Episod 2

Dato' Kamal mahu Benjamin ke kilang untuk memantau keadaan tetapi Benjamin rimas untuk bergaul dengan pekerja bawahan di situ.




Episod 3

Atas desakan ibunya, Nadia menghabiskan masanya bersama Danny

Episod 4

Syuhara terkejut kerana selama ini dia tidak tahu bahawa Benjamin yang selalu mencari pasal dengannya merupakan bosnya sendiri.

Episod 5

Benjamin yang tidak dapat melupakan Syuhara, mula berkongsi perasaan dengan Danny. Mendengar situasi itu, Danny merasakan bahawa Benjamin sudah jatuh hati dengan Syuhara.

Episod 6

Dato' Kamal gembira apabila Benjamin sudah mula melawat kilang dan memantau perjalanan kilang kosmetik mereka.

Episod 7

Syuhara menahan perasaan marahnya selepas melihat cara Benjamin melayan orang tua di kilang dengan kasar sekali.

Episod 8

Danny merasakan bahawa Benjamin sudah jatuh hati dengan Syuhara. Namun, Benjamin tidak berpuas hati dan cuba membuktikan kepada semua, termasuk dirinya, bahawa dia tidak menyimpan perasaan itu.


Episod 9

Dato' Kamal dimasukkan hospital kerana komplikasi jantung selepas Benjamin enggan melawat kilang mereka akibat cintanya yang telah ditolak oleh Syuhara.


Episod 10

Produk kosmetik terbaru hasil dari formula yang diberikan oleh Datin Afifah sedang diproses tanpa pengetahuan Dato' Kamal.

Episod 11

Reputasi syarikat terus dipertikaikan oleh media dan orang awam apabila pengguna mula membuat aduan selepas menggunakan produk Sya'fire dan menghadapi masalah kulit.


1 comment: