Setia Hujung Nyawa episod 1, 2, 3 & 4


Drama bersiri 24 episod " Setia Hujung Nyawa" di slot akasia TV3  mula bersiaran pada 24hb Disember 2012, pukul 7.00malam.

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini membariskan pelakon seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).

Okey la untuk sinopsis versi novel  dan sinopsis minggu lainnya, link entry berkaitan ada di akhir entry ini ya.

 Bagi yang terlepas menyaksikan mana-mana episod drama setia hujung nyawa  boleh menontonnya melalui laman web Tonton di www.tonton.com.my

Sinopsis untuk minggu pertama bagi episod 1, 2, 3 dan 4 seperti dibawah;

Sinopsis Episod 1

Ersalina dan Iqram, abang kawan baik Ersalina, Zehra, bermain mata ketika Ersalina melepak di rumah Zehra. SPM yang baru tamat membuatkan Ersalina dan Zehra selalu menghabiskan masa bersama.


Sinopsis Episod 2

Zain cuba memujuk ibunya dengan mengatakan bahawa dia dan Sofea sudah berubah dan tidak akan menjejakkan kaki ke kelab malam lagi.


Sinopsis Episod 3

Sofea dan Netty bertemu di kelab malam untuk raikan harijadi Netty. Pada mulanya Sofea menolak tapi pujukan Netty yang tak selalu balik ke Malaysia mencairkannya. Sofea didesak lagi oleh Netty untuk bekerja dengannya kerana takkan bahagia perkahwinan jika tak direstui mertua. Tanpa disedari Sofea, ketika keluar dari kelab malam itu, Datin Adibah sedang berada dalam keretanya tak jauh dari situ. Datin Adibah terkejut kerana Sofea langsung tak menghormati permintaannya malah menipunya. Datin Adibah merakam video gelagat Sofea dan Netty yang dalam keadaan mabuk itu.

Sinopsis Episod 4

Seminggu sebelum bernikah, Sofea bertandang ke rumah Datin Adibah atas pujukan Zain. Ketika berduaan, Datin Adibah beri amaran yang dia mahukan menantunya duduk di rumah, beri padanya cucu seramai mungkin dan tak mahu menantu yang gila bersosial serta mabuk-mabuk. Sofea pertahankan diri yang dia sudah berubah.




9 comments:

  1. episod 5 hingga 8 x de ke??

    ReplyDelete
  2. first time tgk smlm 9/01/13..
    nasib bek akk ade buat episod nie..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...kak,bleh download x?...

    ReplyDelete
  4. aslm kak, mne boleh dapatkan novel ni ye??

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. blog ni rosak lahhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  7. best la cite...........
    .

    ReplyDelete
  8. camne nk download yer..

    ReplyDelete