Setia Hujung Nyawa episod 5, 6, 7 & 8


Bagaimana dengan minggu pertama bagi drama Setia Hujung Nyawa, berpuas hati?

Awal-awal cerita biasa lakan belum ada konflik sebenar lagi, start minggu ni akan bermula kisah Ersalina dan Zain. Zain yang ditinggalkan kekasih hati dan Ersalina yang dipaksa berkahwin.

Okey la untuk sinopsis versi novel  dan sinopsis minggu lainnya, link entry berkaitan ada di akhir entry ini ya.

Bagi yang terlepas menyaksikan mana-mana episod drama setia hujung nyawa  boleh menontonnya melalui laman web Tonton di www.tonton.com.my

Sinopsis untuk minggu kedua bagi episod 5, 6, 7 dan 8 seperti dibawah;

Sinopsis Episod 5

Badri dan Zakwan terus membantah cadangan Haliza kerana Ersalina masih terlalu muda. Namun, Haliza tetap dengan keputusannya dan memberi alasan untuk membantu Datin Adibah yang dalam kesusahan. Ersalina terkejut bila Zakwan ceritakan dia bertemu dengan Zain. Tapi mahu ditanya lanjut tentang bakal suaminya, takut dikatakan gatal pula. Ersalina bertanya tentang hubungan Zakwan dengan Doktor Suria. Zakwan kelihatan muram dan menjawab tiada jodoh antara mereka.


Sinopsis Episod 6

Datin Adibah menggesa Zain untuk pergi berbulan madu. Zain dan Ersalina dihadiahkan sebuah rumah agar mereka dapat hidup berdikari. Ersalina mula belajar menguruskan rumah tangganya sendiri.


Sinopsis Episod 7

Ersalina sesekali bertandang ke kedai kek mamanya. Haliza gembira melihat Ersalina yang nampak bahagia. Datin Adibah dan Dato Hafsham pula tak sabar-sabar nak timang cucu, membuatkan Ersalina makin resah.


Sinopsis Episod 8

Zain bertanya pada ibu mertuanya bagaimana mahu mengambail hati wanita untuk makan malam istimewa. Datin Adibah pula bersemangat memberi tunjuk ajar pada Ersalina bila Ersalina ingin belajar memasak. Zain mula menunjukkan rasa cemburu dan berkira-kira ingin meluahkan perasaannya pada Ersalina



5 comments:

  1. semoga menjadi semangat .. :)
    Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    ReplyDelete
  2. ada tak sinopsis setia hujung nyawa episod minggu ketiga ??

    ReplyDelete
  3. lah biar kan jerr asalkan boleh tengok...........

    ReplyDelete
  4. BLOG NI PELIKKK AHHH!!!!!!!!!!!SUSAH SGT KE BLOG NI DH TAK PAKAI

    ReplyDelete
  5. Lagu baground dia tiru playfulkiss

    ReplyDelete