Drama Hanya padamu, lakonan Beto & Zahiril Adzim


Drama terbaru di slot Zehra TV3 dengan tajuk Hanya Padamu yang akan mula bersiaran pada 28 disember 2012 (setiap Jumaat) pukul 9.00 malam.

Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh produksi Filmscape Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh sutradara Faisal Ishak manakala nukilan skripnya oleh Maizurah Ederis.

Dengan Tagline " Cinta Hadir Tanpa Diduga" , drama ini dibarisi pelakon seperti Beto Kusyairi (Arman), Nazeera Sardi (Adawiyah) , Zahiril Adzim (Bukhari), Emelda Rosmila dan Khayrisyah kemal.

Secara ringkasnnya , drama ini berkisar tentang perit liku seorang gadis (Adawiyah) yang berhadapan qada’ dan qadar sedari kecil namun masih cekal sebelum dilanda dilema perasaan.

Untuk sinopsis penuh dan sinopsis setiap episod ( akan di update kemudian) boleh baca di bawah.

Sinopsis Drama Hanya Padamu




Sinopsis Episod 1 

Adawiyah, anak yatim piatu tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya iaitu Sabariah dan Omar, namun dia dibenci oleh Sabariah atas sebab yang tidak diketahui.

Sinopsis Episod 2 

Adawiyah menangis melihat rakan-rakan ke sekolah. Cikgu kecewa kerana Adawiyah pelajar pintar dan merupakan harapan sekolah untuk mendapat 5A.

Sinopsis Episod 3

Kelibat yang kelihatan di asrama perempuan menyebabkan penghuninya menjerit setiap malam. Pengetua mengesyaki itu adalah kes histeria lalu memanggil ustaz.

Sinopsis Episod 4

Adawiyah pergi ke sebuah banglo di Tanjung Bidara, Melaka untuk memulakan hari pertamanya sebagai guru kepada anak tuan punya banglo.


Sinopsis Episod 5

Adawiyah mengadu kepada Kak Nam, tukang masak di rumah Arman tentang kelibat yang dilihatnya malam tadi yang mungkin pencuri.

4 comments:

  1. saya agak suka kan beto dan zahiril.. manisss.. hahaha...

    ReplyDelete
  2. nak tengok.!!!! xp sape lead actor.? beto ke zahiril.? xp mane2 pun bule... nway i'm your sis..haha

    ReplyDelete