15 Penyakit Gila Seorang Blogger


Pagi ni tertarik dengan entry terkini di blog hasrulhassan.com bertajuk:


Setuju dengan apa yang penulis blog tu senaraikan, mungkin tak 100% mengena dengan diri seorang yang bergelar blogger tapi sikit-sikit TANPA SEDAR  blogger memang ada terjangkit salah satu atau lebih dari "penyakit gila" yang disenaraikan tu. 

Jangan salah faham pulak ya  "penyakit gila" yang dimaksudkan tu bukan penyakit gila macam sakit mental yang memerlukan rawatan susulan sampai perlu berjumpa doktor. Ianya hanya la satu kegilaan, ketaksuban atau ketagihan terhadap dunia blogging  dimana satu-satu perbuatan itu kerap dilakukan secara berlebih-lebihan.


Ikut pada senarai asal cuma ada 13 penyakit gila sahaja yang dicatatkan di blog hasrulhassan.com  . Tapi untuk pengunjung AnamarzaBlog ni saya ubah dan tambah sikit ( Note: Untuk versi  asal boleh terjah ke blog hasrulhassan.com - 13 Penyakit Gila Seorang Blogger )

15 PENYAKIT GILA SEORANG BLOGGER
  1. Gila Ping - Asyikkkk ping je sana sini
  2. Gila Trafik - Kejar trafik sana-sini, suruh orang jenguk blog.
  3. Gila Update - Setiap sejam ada entri baru walau sekadar tepek gambar sekeping.
  4. Gila Layout - Cukup sebulan atau seminggu tukar layout baru header baru.
  5. Gila Widget - Blog penuh dengan widget dan gadget, 
  6. Gila Kontest & Giveaway - Entri hampir 80 peratus adalah benda ni je.
  7. Gila Blogwalking - Siap tinggal link blog di kotak komen dengan ayat paksa rela balas balik kunjungan sampai ke satu tahap blog sendiri terabai.
  8. Gila Duit - Penuh iklan dalam blog, sampai nak baca entry pun terganggu, kiri kanan , atas bawah, pop up pop out semua ada
  9. Gila Copy-Paste - Sikit-skit nak copy-paste ... (hahahha cam entry ni la kan copy paste tak de idea sendiri....)
  10. Gila Komen - Merata-rata tinggalkan komen sampaikan terbabas komen benda yang tiada kaitan langsung dengan entry atau sekadar tinggalkan simbol smiley
  11. Gila SEO - Buat entri penuh kata kunci nak tarik trafik dari enjin carian 
  12. Gila Follower - I follow U once, U follow me twice, letak Pop up suruh like FB page sampai menyusahkan orang nak baca entry.
  13. Gila bergambar - Semua benda nak disnap gambar nak letak dalam  blog.
  14. Gila "Show Off" - Semua benda nak ditayang, semua benda nak dicerita sampai cerita dalam kain pun nak dijaja.
  15. Gila meroyan  - Pantang tiada internet mula resah  tak  dapat update blog atau pantang dijentik oleh komen-komen yang pedas atau yang tak sebulu mula la buat entry khas.

Ikutkan ada diantara perbuatan yang tersenarai tu asalnya bagus jika kerap dibuat cuma jika terlampau berlebih-lebihan sangat pasti ada kesan buruk yang akan timbulkan? 

So, antara senarai diatas adakah ada yang mengena dengan diri korang ?

14 comments:

  1. alamak..saya gila mana satu eh..nampaknya saya belum cukup gila dalam berblog..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...takde dlm senarai..belum cukup gila

      Delete
  2. hehehe...manarik tu =) saya sekarang ni jarang berblogging huhu...kadang takde idea nak diketengahkan.

    ReplyDelete
  3. dulu2 la..mula2 brblog gila skit.kih kih kih....skang tk gila dah..ikut suka je skang ni..

    ReplyDelete
  4. yang jiwanya pada blog semata-mata..memang itu penyakit yang akan dialami he..he..

    ReplyDelete
  5. LoL.. some people sgt teruja dengan cerita2 mereka, maka datang lah penyakit giler seorang blogger :)

    ReplyDelete
  6. Saya paling tak suka kalau ada blogger yg Gila No. 10 & 12 dtg blog saya...hahaha..sebab mereka bukannnya ikhlas nak baca entri2 kita...dan bukannya nak berkawan pun dgn kita...

    ReplyDelete
  7. Hehe...salam kenal...
    Dok jalan-jalan cari bahan tentang day nap..jumpa blog awak...terus follow...tapi kita bukan gila no.12 ye..hehehe

    ReplyDelete
  8. hehehehe... ade tak kena ngan saya?? ahaks~ sikit2 jer kot.. bukan tahap gila laaa.. keh keh keh

    ReplyDelete
  9. hahah dulu mungkin lah ada certain tu sy buat tapi sekarang tak dah. sederhana je dalam berblogging ni huhu

    ReplyDelete
  10. ha..ha.. gelak sensorang baca senarai ni. jap tengok apa daddy ziyyad tak suka tu.. setuju benor. kadang kak liza tak amik port sangat dgn kegilaan2 itu. jgn susahkan kak liza udah le.. nak melarang pun dah besor panjang belaka. berblog dgn sempoi je. copy paste yg ada nilai camni & ada link asalnya kira ok lah tu.

    ReplyDelete
  11. by the way, ada lar beberapa yang terkena kat batang idung sendiri.. specially, 1, 4, 13... yg 13 tu mmg kena larr sbb saya mmg jenis yg minat photography..

    ReplyDelete
  12. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete