orang cantik pakai tudung apapun akan nampak cantik kan?


Teringat dialog hubby , katanya:

" Orang cantik pakai tudung camna pun tetap nampak cantik, even pakai guni sebagai tudung sekalipun dia tetap akan nampak cantik"

Betul la tu kan, bila orang yang cantik mengenakan apa jenis fesyen tudung sekalipun pasti akan nampak cantik dan kena. Tapi bila orang yang tak berapa nak cantik, certain fesyen je nampak kena ngan dia. tapi mungkin level of confident tu pun memainkan peranan jugak kot, jika kita yakin apa yang kita pakai tu kena dan selesa dengan kita, rasanya akan terserlah kat wajah kita juga kot.

Tapi jika 2 orang cantik memakai tudung, seorang hatinya ikhlas, baik dan seorang lagi bersikap sombong dan ada PHD dalam dirinya, walau keeduanya ada level of confident yang agak tinggi, agaknya akan nampak tak perbezaan ketara siapa yang lebih "Cantik" dan "manis" untuk dipandang?

Hihihi okey la saje mengarut panjang-panjang, sebenarnya nak kongsi gambar Dato' Siti Nurhaliza yang dah bertudung sekarang ni:

Cantik, manis, ayu dan nampak muda sedikit!

Bertambah ayu jika bahagian depan tudung tu dilabuhkan sedikit kan? Semoga Dato' Siti akan lebih pandai dalam bertudung jangan terlebih berfesyen sehingga nmpak seperti tidak bertudung.

4 comments:

  1. tak jugak ana..kalau bertudung tak kena gaya pun nampak tak cantik jugak.. mengingatkan saya pada dato siti masa pakai tudung pesen tak berjenih aritu..hehe..yg ni nampak manis kan..jauh lebih cantik dari pakai tudung macam sarung jambu aritu..

    ReplyDelete
  2. ikut jenis tudung jugak kan kak...kalau pelik sgt, memang nampak pelik, dah tak nampak cantik..huhu

    ReplyDelete
  3. pakai tudung bawal biasa pun dah cntik kan. alhamdulillah die dah full bertudung

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah memang cantik bile bertudung,nampak sweet jer

    ReplyDelete