Antibiotik: Perlu ke diberi pada anak yang demam?


Setiap kali anak demam kitaorang just monitor suhu badan, jika anak masih aktif bermain dan masih berselera makan memang kitaorang tak bawa ke klinik. Sekadar sapukan air ke suluruh badan anak, monitor suhu badan, bagi vitamin dan beri minum air secukupnya. Jika suhu badan tinggi dan nampak tak bermaya baru bawak ke klinik.

Dan setiap kali dibawa ke klinik mesti doktor akan beri antobiotik. Kekadang terfikir juga perlu ke sampai nak kena makan antibiotik?

Kebiasaannya bayar sesaje je antibiotik tu, balik rumah tak beri pun, doktor pun kata jantung anak okey tiada tanda-tanda kelainan, antibiotik tu diberi takut ada jangkitan lain je. Lagipun antibiotik tu bila dah start makan kena habiskan satu botol.

Kesian kat anak kena telan antibiotik, even demam dah surut antibiotik kena habiskan juga. Tak nak beri tu bukan apa, takut ada kesan dari pengambilan antibiotik yang kerap cam kes kekebalan pada antibiotik (Antibiotic-resistance bacteria). Budak-budak kan mudah kena demam, ada tu hampir tiap bulan demam, tak kan setiap kali tu juga nak diberi antibiotikkan?

The best way to treat most colds, coughs or sore throats is plenty of fluid and rest.
Kat malaysia ni kesedaran tentang bahaya pengambilan antibiotik yang kerap belum meluas lagi. Bagi kebanyakan orang antibiotik tu satu ubat yang wajib, kalau doktor tak beri antibiotik ada yang tanya kenapa tak beri.

Mungkin faktor tak ramai orang faham antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Dan mungkin ada yang terlupa demam, batuk, sakit tekak dan selsema tu berpunca dari serangan virus. So bagaimana pula satu ubat yang bertujuan untuk membunuh bakteria dapat mengawal virus?

Lain la kalau demam, batuk, sakit tekak dan selsema tu sampai mengundang jangkitan bakteria , baru la berguna telan antibiotik kan.

So korang fikir la sendiri persoalan perlu ke beri antibiotik pada anak yang demam?

Mungkin artikel dibawah ni boleh membantu korang dalam membuat keputusan pada persoalan di atas:


8 comments:

  1. selalunya x bg, amik je dr doktor sebab kalo bg pun anak2 amie takleh telan kak..taktau nape. telan pun pastu muntah balik semua..

    ReplyDelete
  2. Jangan tak tahu, patient kat Malaysia ni, ramai yg 'lagi pandai' dari doktor..Doktor dah kata tak perlu antibiotik, ehhhhh..dia tetap degil jugak nak, sampai boleh bertekak tekak dgn doktor....hahahahaha...Ni cerita betul tauuu

    ReplyDelete
  3. dulu beri ubat klinik bila demam...
    sekarang serasi dengan panadol syrup...

    ReplyDelete
  4. okeh.. dapat info yg berguna dari n3 ini.. mungkin lepas nih kena pikir byk kali nk bagi antibiotik kat anak n diri sendirik~ TQ

    ReplyDelete
  5. tgk keadaan.. kalau demam tak kronik mmg tak bg la antibiotik tu...

    ReplyDelete
  6. slalu doktor pesan mesti habiskan antibiotik.jenuh le kite habiskan ubat tu..huhu

    ReplyDelete