Dari Besar jadi kecik, sekarang besar balik?


Satu masa dulu Besar gabak kemudian semakin kecil dan nipis , La ni trendnya kembali kepada saiz besar tapi nipis. Apakah itu?

Jawapannya telefon la kan.

Satu masa dulu saiznya lebih besar pada tapak tangan, berat pun boleh tahan, pendek kata kalau baling terkena kepala boleh pengsan agaknya.




Semakin lama semakin mengecil dan dah tentulah beratnya pun semakin ringan kan. Paling popular awal tahun 2000 rasanya telefon Nokia 3310. Ramai yang pakai, termasuk la saya. Nokia 3310 tu la telefon bimbit pertama yang berjaya dimiliki. Korang?

Sekarang dah macam-macam jenis phone ada, smartphone tak smartphone nya, telefon bimbit tu dah jadi macam keperluan pulak kan. Tapi percaya tak kalau saya katakan ada yang memegang ijazah PHD dan memegang jawatan tertinggi di sekolah menengah langsung tak memiliki sebarang jenis telefon bimbit? Hampir ternganga mulut bila pertama kali dengar kisah pengetua yang "takut" dengan "teknologi moden". Tak pakai telefon bimbit takut kena kanser katanya.

Berbalik pada kisah telefon tadi, la ni ada istilah baru ( "Phablet" ) merujuk pada telefon touch screens yang bersaiz 5 hingga 7 inci. Macam awal-awal saya katakan tadi la, dari besar gabak ke kecil dan nipis , La ni trendnya kembali kepada saiz besar balik.

Agaknya lepas ni bagaimana pulak trend atau istilah yang bakal muncul ya?

Adakah.....?



Note : Teknologi camtu tahan kira lagi, manusia ni lagi pelikkan dari tak berbaju masa zaman batu dulu, kemudian dianggap maju dengan berbaju lengkap sopan tutup keseluruhan badan dan sekarang kembali pada zaman tak cukup kain balik, Cuma bezanya material dan fesyen yang digunakan bagi menutup tubuh tu je, lebih "moden" katanya....

1 comment:

  1. Betul tu, sekarang bila ada keluaran baru mesti berebut nak beli. Yang lama tu dah main campak2 kasi cepat rosak. Membazir.....

    ReplyDelete