Drama Cinta Jangan Pergi, gandingan Remy & Tiz


*Untuk update terbaru sila ke entry "Drama Cinta Jangan Pergi 6 April 2013"

Drama gandingan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah " Cinta Jangan Pergi" bakal menyusul selepas Drama Dalam Setiap Sujud penghujung bulan Februari nanti.

Drama arahan Khabir Bhatia dan skrip hasil karya Mira Mustaffa ini membariskan pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah (sebagai Lea Soraya), Remy Ishak ( Sebagai Khalil) , Nadia Nissa ( Sebagai Elina) , Esma Daniel, Ramona Zamzam dan Faradhiya.

Drama yang mengisi slot Ratu TV9 ( bersiaran setiap isnin dan selasa , pukul 8.30 hingga 9.30 malam) ini berkisar tentang kisah percintaan antara Lea Soraya dan Khalil.

Sinopsis Cinta Jangan Pergi

Lea Soraya merupakan seorang gadis yang sangat merancang perjalanan hidupnya. Lea yang sememangnya sedang menuntut di luar negara mengambil keputusan bercuti di Eropah ketika cuti musim panas. Sewaktu percutian tersebut Lea bertemu dengan Khalil, dan keduanya saling tertarik lantas terjalinlah ikatan cinta.

Selepas tamat pengajian Lea dan khalil pulang ke Malaysia. Namun berlaku satu peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka terputus selama setahun. Sewaktu Khalil baru pulang ke Malaysia, dia  berhasrat ingin membuat kejutan kepada Lea, namun mengalami kecelakaan. Apakah yang berlaku seterusnya?

Adakah Cinta Lea dan Khalil bersatu semula?

No comments:

Post a Comment