Drama Dalam Setiap Sujud di TV9


Berakhirnya Drama Terlanjur Cinta, menyusul selepasnya Drama Dalam Setiap Sujudnya bermula 8hb Januari 2013. Bersiaran setiap isnin dan selasa pukul 8.30 malam sebanyak 14 episod.

Dilakonkan oleh Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo sebagai pelakon utama, dan dibantu oleh Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin, Aidil Aziz , Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.

Sinopsis Dalam Setiap Sujud


Drama dalam Setiap Sujudnya diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta. Kisah Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta. Kisah Jannah yang terpaksa rela bernikah dengan lelaki yang bukan pilihan hatinya dan kisah Fareez yang terpaksa akur dengan percaturan jodoh yang ditetapkan oleh ibunya.

Dalam setiap sujudnya bermula tatkala kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra ( Keith Foo )  apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anak  kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?


Sinopsis Episod 1

Puan Endah dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit jantung. Di hospital, Puan Endah bertemu Jannah, jururawat yang menjaganya sepanjang dia di dalam hospital.


Sinopsis Episod 2

Puan Endah terkejut dengan kehadiran Hajah Mariah dan Haji Budin yang datang melawatnya di hospital.

Sinopsis Episod 3

Jannah kembali ke Yogyakarta untuk bercuti dan membuat kejutan kepada keluarga Hendra yang pernah diselamatkan olehnya ketika kejadian letusan Gunung Merapi.


Sinopsis Episod 4

Puan Endah datang berjumpa Jannah sebaik sahaja Jannah pulang semula ke Malaysia. Puan Endah menyatakan hasratnya untuk menjodohkan Jannah dengan Fareez..




Sinopsis Episod 5

Ika terus ke hospital dan berjumpa dengan Jannah tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Fareez.





3 comments:

  1. huhu..tak boleh tengok tv. tv kat rumah rosak....

    ReplyDelete
  2. best juga ye citer ni

    ReplyDelete
  3. adaptasi drpd novel ke?

    ReplyDelete