Sentap tak bila dikomen kulit tangan kasar?


Ni bukan tangan saya ya..gambar dari google je
Bertambah-tambah rasa sentap bila yang menegur tu suami kita sendiri .

Walau dalam nada dan mood bergurau , pasti ada sedikit terasa dengan teguran sebegitu kan?

Ala tak yah nak sentap-sentap, nak sentap buat apa . Anggap je la teguran dia tu sebagai satu cara dia tunjukkan yang dia prihatin dan sayang kat kita .

Sebabkan prihatin dan sayang kan isterinya la, dibawanya isteri ke klinik bila jari dan tapak tangan isterinya dah macam bersisik, kering, gatal-gatal kemerahan dan sampai ke tahap jari seperti membengkak.


Tu cerita 2 bulan yang lepas, masa tu mungkin kerap basuh daging maka jari dan tangan jadi makin teruk dari sebelum-sebelum tu. Bila jumpa doktor, baru tahu semua tu gejala ekzema (eczema).

Punya la tak pernah ambil tahu pasal eczema sampaikan dalam fikiran eczema tu hanya terjadi dikalangan budak-budak je. Untuk makluman, semua orang boleh terdedah kepada risiko mendapat ekzema ni cuma risiko  tu lebih tinggi kepada mereka-mereka yang ada sejarah penyakit tertentu seperti asma, alergi dan ekzema dalam keluarga.

Cam saya ni, ikut kan dalam keluarga, kakak saya memang ada simptom yang sama kat jari dan tapak tangan  dari zaman dia remaja lagi, tapi cam saya gejala tu baru muncul masa pregnantkan anak sulung dulu. Memang kalau basuh ikan ke, ayam ke daging ke, cepat je naik gatal-gatal kat tangan, malah certain sabun basuh/mandian, pencuci muka pun boleh menyebabkan rasa gatal-gatal dan kulit cepat kering.

Eczema ni bukan hanya tertumpu kat jari dan tapak tangan je tau, kat muka, kaki, lipatan leher, lengan, dan lain-lain tempat pun boleh. Kalau ikut history alahan, bibir saya ni alah dengan lipstik tertentu, malah kalau terkena sedikit je buih pencuci muka  kat sekeliling tepi bibir boleh naik bintik-bintik, kulit tepi sekeliling bibir boleh jadi kering dan lagi teruk zaman belajar dulu bibir jadi lebih tebal dari bibir anita serawak. Seksa!

Sampai ke hari ni tapak tangan dan jari tak seperti sedia kala lagi. Still kering dan kekadang rasa gatal-gatal cuma tak seteruk 2 bulan lepas je. Tak ambil apa-apa ubat sapu pun, letak/sapu ubat bila perlu je. Cuma sekarang ni ambil pendekatan elak dari direct sentuh benda-benda yang boleh sebabkan kegatalan, buat kerje-kerje dapur memang pakai sarung tangan , nak kurangkan kulit kering sapu baby losyen.

So kalau korang ada gejala seperti yang saya alami, mungkin itu ekzema dan jumpa la dengan doktor untuk lebih kepastian ya.

11 comments:

  1. amie pun kdng2 ada gejala ni kak...tu kalo tgn akak terkena sabun tu mesti tak surut nanti. ada antibiotik ke dr bagi?

    ReplyDelete
  2. Yup, ini mmg eczema...
    Puncanya is a contact..dlm kes ini, pada ayam/daging/ikan ...

    Standard treatment ialah apply steroid cream..
    But bare in mind, kulit boleh jadi kering..So pls alternate during the night time, apply any moisturizing cream eg: Nivea/Cetaphil/Ezzerra...Or just simply apply olive oil kalau nak yg purely non chemical..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor memang bg sterioid cream tu mmg sapu time malam je, sekarang dah kurang gatal tinggal kering malas sikit nak sapu ubat just sapu losyen sesekali sapu minyak kelapa dara je

      Delete
  3. org lain tegur tak terasa sangat....hubby tegur rasa nak cepat2 baik he...he..
    biasalah tangan kita ni tak duduk diam...biasa guna johnson baby ok dah..

    ReplyDelete
  4. Saya alah sabun basuh.. Tp kalau basuh ayam ke ikan ke takde la jadi gini.. Cuma sabun basuh baju, pinggan, sabun mandi kena tukar la.. Pastu rajin pakai lotion..teruk nampaknya tu ana.. Kena rajin sapu ubat atau lotion la..

    ReplyDelete
  5. suami syg sbb tu dia tegur kan..hehene

    ReplyDelete
  6. Inatkan aczema atas kulit aje. tak pernah tengok kat tapak tangan. sure pedih2 kalau kena sabun kan ?

    http://apelagibest.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. aduh, terasa sakit juga .... mesti pedih, kan?

    * jemput join GA kami :

    http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2013/01/tm-me-s-giveaway.html

    ReplyDelete
  8. oooo.. ingatkan budak kecik jer kena ekzema.. orang besar pon boleh kena jugak eh??

    ReplyDelete
  9. kdg2 sebab alergik sabun kan kak

    ReplyDelete
  10. sy sebab sabun..tp sejak preg ni tak pernah kena dah..taktaula sebab preg ke ape yg dia jd ok dh..

    ReplyDelete