Pantai Timur: kemungkinan banjir gelombang kedua


* Update terkini Ribut Tropika SONAMU boleh ke entry "Ribut Tropika SONAMU : Update Terkini"

Bagi korang yang tinggal di pantai timur sila take note info dibawah ini ya. Walau ianya hanya sekadar satu ramalan, seeloknya buat persediaan awal menghadapi sebarang kejadian buruk seperti banjir kilat atau ribut.

Untuk makluman korang Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung Amaran Hujan Lebat dan Angin Kencang bagi negeri-negeri di pantai timur ( Kelantan, Terengganu dan Pahang )

Dibawah ni saya copy paste sedikit info dari kenyataan akhbar tersebut:

" Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan. 

Keadaan hujan lebat dijangka akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai." 

(Sumber : KENYATAAN AKHBAR SETIAUSAHA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA : AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG )

Menurut info dari trust.org,  Ribut Tropika SONAMU (Tropical storm Sonamu) berkemungkinan akan sampai ke Malaysia pada 8hb Januari nanti. Setakat ini tiada update dari Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) berhubung perkara ini. 



Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan situasi semasa, korang boleh dapatkannya  di laman sesawang :

No comments:

Post a Comment