Telefilem Bayangan Rindu Di Astro Citra


Satu lagi drama adaptasi dari Novel karya Anis Ayuni;

Bayangan Rindu

Bagi yang pernah membaca Novel Bayangan Rindu pasti tahu jalan ceritanya kan?.

Untuk makluman bagi yang belum membacanya, Novel ini secara ringkasnya berkisar tentang kisah Iddya yang mengalami kegagalan dalam percintaan, tetapi sering mendapat kata-kata semangat daripada bekas teman sekolahnya, kiew@Umar Aisy.

" Salam kasih siapakah yang singgah mengusik ke sanubari ini? "


Umar Aisy: penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti ‘dia’ bukan jodoh I. 

Iddya: aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lutfi dan cinta Baein pula sudah kecurian,barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.

Disebabkan novel ini diadaptasi ke telefilem tak semua babak akan di muatkan. Sedikit info berkaitan Telefilem Bayangan Rindu seperti dibawah:

Tarikh Tayangan : Ahad 20 Januari 2013
Bersiaran di : Astro Citra Saluran 131
Pelakon: Beto Kusyairy (kiew@Umar Aisy), Nadia Zainal (Iddya) & Zahiril
Penerbit: Global Station
Pengarah: Eirma Fatima

Telefilem Bayangan Rindu Bahagian 1




Telefilem Bayangan Rindu Bahagian 2




Credit video to jintube

Sinopsis Bayangan Rindu 

Kisah cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Benar andaian Iddya, cinta anak-anak sekolah tidak akan ke mana. Baein yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, berkahwin dengan Ivy di sana. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Cintanya berputik lagi bila bertemu Lutfi. Lutfi yang secara kebetulan menjadi penyelamatnya dari si bujang terlajak yang suka menggangunya di pejabat tempat dia praktikal, berjaya menambat hati Iddya walaupun Lutfi bergelar duda beranak satu.

Kali ini dirasakan perasaannya berlainan dari cintanya pada Baein. Bersama Lutfi dirinya menjadi matang. Lutfi pandai mengambil hatinya. Lutfi bisa menggegarkan naluri kewanitaannya. Baginya cinta Lutfi adalah sesuatu yang paling indah.

Dalam pada itu, perhubungan Iddya dengan teman-teman sepersekolahan terjalin kembali, terutama dengan Kiew yang selalu memujuk diri Iddya semasa dia merajuk dengan Baein (waktu persekolahan dulu). Mereka semakin akrab. Tidak terlintas di hati Iddya yang Kiew menaruh hati padanya dalam diam. Tetapi Kiew mengetahui hubungan Iddya dan Lutfi, jadi Kiew hanya cuma mendekati Iddya sebagai teman rapat sahaja.


Namun, takdir tak siapa menduga. Sewaktu Lutfi dibawa untuk diperkenalkan dengan keluarga Iddya, terbongkar rahsia bahawa Lutfi merupakan bayi yang disusui ibu Iddya sewaktu mereka sekeluarga menjaganya di Sarawak berpuluh tahun dahulu. Maka, hubungan antara mereka adalah adik beradik sesusuan.

Hati Iddya remuk mengenangkan kekasih hatinya adalah abang susuannya dan mereka terbatas dalam talian kekeluargaan. Iddya kecewa. Lutfi juga. Namun, hidup harus diteruskan. Yang menambah kekecewaannya Lutfi memilih teman sekerjanya sebagai penganti dirinya.

Sejak itu, dia mendendami Hilda yang dirasakan perampas haknya. Meskipun tahu antara dirinya dengan Lutfi tidak mungkin boleh bersatu.

Sekali lagi Iddya membawa hati yang lara, menuju ke Perth bagi memujuk hatinya. Saat itu Kiew datang dan menghiburkan dirinya. Perasaan kecewanya di curahkan pada Umar Aisy. Lelaki yang dikenali sejak zaman persekolahan dahulu. Lelaki yang setia menemaninya di saat suka dan duka. Yang selalu menitipkan kata-kata semangat apabila dia dilanda kekecewaan. Yang sedia menjadi pendengar setia dikala dia mencurahkan rasa hatinya.

Dalam diam, ada getar menyelinap di sanubari. Iddya tertanya-tanya adakah dirinya seorang yang merasakan begitu? Untuk bertanya, dia tidak ada kekuatan. Malu seandainya dirinya bertepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya Kiew@Umar Aisy yang telah lama memeluk Islam. Barulah Iddya tahu yang selama ini Kiew menyimpan rasa terhadapnya demi kasihnya pada Baein mahupun Lutfi.

Sedang impian mulai dilakar, kehadiran Baein mengusutkan keadaan. Menagih cinta yang telah tiada. Mana mungkin Iddya menerima Baein kembali dalam hidupnya sedangkan lelaki itu sudah mempunyai anak dan isteri. Dirinya bukan perampas kebahagiaan rumah tangga orang lain. Tak cukup dengan itu, dirinya menjadi mangsa serangan isteri Baein, Ivy Syahirah. Di nyatakan pendiriannya.

Alangkah sukarnya mempertahankan diri di saat ketidakpercayaan masih kuat bersarang di hati. Pengakuan Umar Aisy amat di nanti Iddya. Sekian lama memendam rasa akhirnya terluah jua. Huluran kasih Umar Aisy disambut dengan rasa syukur. Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. Kini, Iddya dan Umar Aisy bahagia menyulam cinta hingga ke akhirnya. Tamat

Sumber : Resensi Novel Melayu

Nota Jejari : Selamat menonton !
Disclaimer : Sumarz.com provides links to other sites on the Internet (Google Video, Youtube Video, DivX host sites, supernovatube.com, dailymotion.com, tudou.com, veoh.com, youku.com, and others) We do not host or upload any video, or films. Therefore, any queries or other issues please contact the appropriate media file owners / host sites. 

18 comments:

  1. semua drama nak adaptasi novel dah. ada yg best..ada yg kureng

    ReplyDelete
  2. aish.. pelakon dia! habis imaginasi aku pasal Kiew musnah! T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl lh..kiew kn mcm chinese ckit.. beto ni xde chinese lnsg

      Delete
  3. Beto taleh jadi kiew laaaaaaaaaaaaaaaaaa noooooooooooii

    ReplyDelete
  4. alaaaaahhh musnah novel kegemaran akuu!! hahaha,, imaginasi iddya pun musnah jugakk :P

    ReplyDelete
  5. adoiiii musnah novel kegemaran aku.... beto takleh jadi kiew lah pleaseeeeee,,, :P

    ReplyDelete
  6. Xtau xpe..mmg xsesuai

    ReplyDelete
  7. Bahagian 2 tak de ke?

    ReplyDelete
  8. Bahagian 2 tak de ke?

    ReplyDelete
  9. PART 2 MEMANG TAK ADE KE?

    ReplyDelete
  10. saya nk tgk uh bahagian 2, xad ke admin ?please , upload,,da berhari2 tgu ni...

    ReplyDelete
  11. tengok telefilem dia dulu,baru baca novel. not bad la jugak lakonan beto as kiew. terus jatuh cinta dkt cerita ni

    ReplyDelete
  12. Seriously,i love this telemovie..beto sesuai la jdi kiew even muka x mcm cina..tpi,lakonan dia mnjadi bagi aku..jln crita pun best gak..nangis2 tengok!

    ReplyDelete
  13. Thanks for the credits.. Dah lama tau akak baca novel ni.. Antara karangan ayuni yg fav.. Kan best kalo beto tu aaron aziz.. Mix chinese betul...

    ReplyDelete
  14. Aku suka semua pelakon d.menarik dan menjadi.watak beto dan nad zainal mmg terbaek

    ReplyDelete